Apa itu Basal Metabolic Rate (BMR)?



Pernah tak jumpa orang yang badan dia kurus jer, tapi makan punya la banyak. Sampaikan orang cakap, mesti dia ada "bela" jin kot. Orang jenis macam ni yang membuatkan ramai orang cemburu. Boleh makan apa sahaja, tapi badan maintain jer.

Ini hanya contoh orang kurus yang kuat makan. Siap ada channel sendiri. Hehe
Dari sudut kajian sains, antara faktor kenapa badan si dia macam tu adalah disebabkan tenaga metabolisme yang tinggi. Badan dia mampu membakar lebih banyak kalori dari orang biasa.

So, macam mana nak kira kalori ni? Berbeza ke setiap orang?


Jawapannya ialah Ya. Berbeza setiap orang, bergantung kepada beberapa jenis faktor diantaranya ialah umur, jantina, tinggi, berat,dan aktiviti harian.

Kita biasa dengar #BMI kan? Ini untuk check tahap kebesaran tubuh badan kita samada underweight, overweight atau normal.

Ini Formula BMR (Harris-Benedict)

Untuk kiraan kalori, ia dipanggil #BMR. Maksud dia ialah Basal Metabolic Rate dan kiraan yang biasa digunakan nama dia ialah Harris–Benedict equation. Formula dia ada Amir kongsikan di dalam gambar.

Cuma kalau malas sangat, pakai jer online calculator. Link ada dibawah,

https://manytools.org/handy/bmr-calculator/

Amir guna BMR calculator online sahaja nak kira berapa kalori yang badan Amir perlukan dalam 1 hari.

Masukkan sahaja detail disitu, nanti calculator itu akan bantu kirakan berapa tahap kalori kita seharian. Amir tunjukkan cara gunanya dalam gambar juga.


Tadaa..tahap kalori yang Amir perlukan sehari dalam 1798.
Kalau nak turunkan 1 kg, badan Amir perlu kurangkan kalori sebanyak 500 kalori dalam masa 2 minggi gitu.
Mudah bukan nak turunkan berat badan ni?

Semoga #info ini memberi manfaat pada kawan-kawan semua.

Post a Comment

0 Comments