Jenis Gula Di Pasaran Yang Perlu Kita Tahu

Jenis Gula Di Pasaran Yang Perlu Kita Tahu
Jenis Gula Di Pasaran Yang Perlu Kita Tahu
Gula adalah salah satu bahan pemanis dan juga pengawet dalam masakan dan minuman kita. Tahukah kawan-kawan bahawa gula ini pun ada banyak jenis?

Malah, Amir sendiri pun confuse juga dengan gula merah dan gula perang. Rupa seakan-akan sama, tapi tak sama dari segi penghasilannya .
sebenarnya

Bagi nak berikan info yang lebih padat mengenai gula yang biasa dijual di pasaran. Amir dapatkan maklumat dari En Amirul Kalif Syde yang merupakan chef dalam bidang Pastry. Beliau kongsikan di twitter beliau pada awal tahun hari tu.

Jum sama-sama kita mengenal jenis gula dipasaran yang perlu kita tahu. Lepas ni takde la tersalah beli di kedai.

Jenis Gula Di Pasaran Yang Perlu Kita Tahu mengikut nama, jenis dan kegunaanya.


1) Granulated Sugar - Gula Pasir




  • Nama lain : Table sugar/refined sugar/white sugar
  • Bila orang sebut gula, gula yang ni lah yang biasa kita maksudkan
  • Gula ini adalah 'universal' sugar kerana digunakan di pebagai kawasan di serata dunia
  • Gula ni dah diproses untuk mengasingkan antara 'pure sugar crystal' & molasses
  • So 💯 no molasses
  • Jadi sebabtu lah gula ni dikenali dengan term 'highly refined sugar' iaitu gula yang melalui proses pengasingan 💯
  • Bentuk dia adalah sedikit halus tetapi sedikit besar jika dibandingkan dengan gula kaster
  • Gula ini diperbuat daripada tebu atau beet atau campuran keduanya
  • Walaupun kini telah digunakan di serta tempat termasuk Malaysia, namun Eropah adalah yang terawal dalam menghasilkan & menggunakan gula ini (beet sugar)
  • Kegunaan gula ini adalah untuk memasak, buat air, malah boleh juga dijadikan subs untuk gula kaster (gula pasir halus)

2) Caster sugar - Gula kastor/kaster




  • Nama lain - Superfine Granulated Sugar
  • Fine granulated sugar iaitu gula pasir halus masih tidak sama dengan gula kaster kerana bentuknya yang slightly besar dari caster sugar
  • Tapi kalau SUPERFINE granulated sugar, yes itu gula kastor
  • Gula ini juga dikenali sebagai 'baking sugar' disebabkan ia adalah gula asas dan universal dalam baking terutamanya
  • Gula ni asalnya adalah granulated sugar, bermakna bahan & teknik pembuatan yang sama cuma gula ini dikisar lebih halus
  • Disebabkan kristal gula ni halus, maka kadar larutan juga lebih tinggi berbanding gula biasa
  • So properties ni yang membuatkan dia sesuai untuk digunakan dalam baking, meringues, pembuatan syrup, adunan kek dsb

3) Confectioners Sugar - Gula Icing




  • Nama lain - Powdered sugar/icing sugar/gula halus/10X sugar
  • Gula ni memang sangat halus (serbuk)
  • Untuk setengah pengeluar gula, ada yang campurkan gula ni dengan tepung jagung bagi mengelakkan berketul (clumped)
  • Gula ini adalah granulated sugar juga, tetapi telah dikisar sehingga ke tahap 10X lebih halus berbanding granulated sugar
  • Untuk setengah 'manufacturer', ada yang keluarkan produk ni ikut variasi saiz tersendiri iaitu 6X, 10X & 12X. Biasanya 12X adalah yang paling halus bagi saiz gula ni
  • Gula yang dah menjadi serbuk ni membolehkan dia larut dengan sangat cepat
  • Ini menjadikan dia sebagai bahan yang sangat ideal dalam pembuatan icing/frosting yang mana tidak menggunakan haba untuk dilarutkan
  • Gula ini juga selalu digunakan sebagai 'finishing touch' untuk deco kek atau pastri


4) Pearl sugar - Gula mutiara



  • Nama lain - Nib sugar/Hail sugar
  • Gula ni pun sama, asalnya daripada granulated sugar juga cuma ia dikisar halus macam gula icing dan dibentukkan menjadi seakan mutiara
  • Gula ni memang tak selalu kita nampak dekat Malaysia sebab tak common, tetapi gula ni terkenal dalam Scandinavian cuisine/gastronomy
  • Kalau di Malaysia gula ni ada dijual cuma dengan harga yang agak tinggi siki berbanding gula biasa
  • Berbentuk biji dan kasar, menyebabkan dia tak mudah cair bila terdedah pada suhu yang tinggi
  • Sebabtu dia digunakan sebagai pelengkap untuk biskut atau kek yang kemudiannya dibakar untuk dekorasi di samping menyumbang rasa manis
  • Kegunaan utama dia adalah untuk menghias pastry & kek juga produk baking yang lain


5) Sanding sugar - Gula pasir kasar



  • Nama lain - Gula hias
  • Dekat Malaysia, ramai je yang guna gula ni untuk buat air
  • Walaupun boleh, tapi tu bukanlah kegunaan utama dia
  • Gula ni dikhususkan sebagai pelengkap dalam menghias manisan atau snek
  • Bentuk kristal gula ni memang agak besar
  • Dengan saiz kristal dia yang agak besar membolehkan dia 'withstand' haba yang tinggi lebih kurang macam pearl sugar juga
  • So sebabtu dia digunakan sebagai hiasan untuk manisan dll
  • Gula ni available dalam pelbagai warna yang lain (pelangi)


6) Cane Sugar - Gula tebu



  • Yes thats right! Gula ni yang 'common' kita guna di Malaysia
  • Tebu adalah antara industri yang dikira besar di Malaysia & asia tenggara
  • So sebab tu kita lebih familiar dan kerap dengan penggunaan gula tebu compare dengan gula beat
  • 💯 daripada tebu (cane)
  • Gula ini diproses secara minimum (tak banyak proses pengasingan dibandingkan dengan granulated sugar)
  • Sebab tu saiz kristal dia juga agak besr sedikit berbanding dengan granulated sugar
  • Serta ada tona warna yang sedikit gelap compare dengan granulated sugar
  • Namun gula ini juga mempunyai versi gula kastor & juga gula icing cuma ianya 💯 diperbuat dari tebu
  • Alhamdulillah gula ni dekat Malaysia adalah murah disebabkan negara hasilkan tebu
  • Di negara eropah misalnya agak sedikit 'pricey' berbanding harga gula biasa mereka
  • Mempunyai kegunaan yang sama macam granulated sugar

7) Demerara sugar - Gula Organik



  • Nama lain - Organic sugar/raw can sugar/natural sugar
  • Diperbuat daripada gula tebu 'mentah'
  • Dipanggil gula tebu 'mentah' kerana dia juga adalah gula yang diproses secara minimum (tak banyak proses pengasingan)
  • Jadi, dia 'retain' keaslian tebu tu sebagai base flavour dalam gula ni
  • Gula ni mempunyai warna yang agak gelap sikit berbanding gula tebu biasa (amber colour) berbanding gula tebu biasa memandangkan dia diproses secara minima, meninggalkan sedikit MOLASSES dalam memberi tekstur warna dan rasa
  • Oleh kerana molasses yang ada, dia memberi sedikit rasa 'caramel'
  • Cuma ia agak ringan kalau nam compare dengan turbinado sugar
  • Sedap digunakan untuk pembuatan teh, kopi, topping untuk pastry/kek
  • Harga agak pricey & biasa ada dijual di pasaraya besar (Tesco etc)


8) Turbinado Sugar - Gula Organik



  • Nama lain - Natural sugar/ras cane sugar
  • Dia macam 'abang' kepada demerara sugar tadi
  • Sumber, ciri-ciri & kegunaan yang sama memandangkan dia juga tergolong dalam kalangan gula organik
  • Yang membezakan dengan demerara sugar adalah gula ini diproses secara lebih minima
  • Menyebabkan kandungan molasses lebih tinggi
  • Ciri ciri gula ni yang ada rasa caramel semulajadi selalu menjadi pilihan untuk chef/pastry chef guna sebagai 'finishing touch' pada makanan atau produk baking mereka
  • Gula ni & demerara sendiri adalah gula fav i lagi lagi untuk finishing upper crust untuk creme brulee
  • Sedap


9) Muscovado Sugar - Gula Merah



  • Nama lain - Organic sugar/natural sugar/barbados sugar
  • Abang yang paling sulung dalam family gula organik ni
  • Sebab apa dia yang sulung, sebab kandungan molasses dia adalah yang PALING TINGGI antara 2 gula sebelum nya
  • Gula ini mengekalkan 100% ke 50% kandungan molasses nya
  • So tekstur dia dah tak sama macam demerara & turbinado
  • Kandungan molasses yang tinggi menyebabkan dia ad sticky texture, lembap & rasa caramel yang sangat kuat
  • Bila rasa strong macam ni, of course kita tak guna untuk buat air atau finishing dessert lagi
  • Kegunaan utama dia adalah untuk marinate, base dalam bbq sos & savoury dish


10) Light brown sugar - Gula perang emas/lembut



  • Berbeza dengan gula organik & gula merah yang diperbuat dari tebu, gula perang ini asalnya diperbuat dari granulated sugar juga (beet/tebu/mix) yang dah diproses
  • Cuma gula ini DITAMBAH MOLASSES
  • Kalau gula merah tadi dibiarkan content molasses, tapi yang ni DITAMBAH
  • Sebab tu caramel flavour dia berbeza dengan gula organik tadi (not too strong)
  • Sedikit lembap namun masih lagi berpasir halus
  • Selalu digunakan untuk baking & juga masakkan


11) Dark brown sugar - Gula perang gelap



  • Yang ni yang selalu ramai tertukar dengan gula merah
  • Walaupun memilik warna yang hampir sama, tapi tekstur dan rasa dia agak berlainan
  • Tekstur untuk gula ni adalah lebih halus dan berpasir dari gula merah
  • Rasa caramel dari gula ni juga adalah tidak sekuat dari gula merah
  • Namun gula ni merupakan subs yang ideal bagi gula merah dan sebaliknya oleh kerana rasa dah tekstur yang hampir sama
  • Sama macam light brown sugar dari segi pembuatan, ciri ciri & kegunaan cuma ada ditambah molasses yang lebih banyak
  • So rasa agak kuat dan 'intense'


12) Palm Sugar - Gula Melaka



  • Nama lain - Gula Nisan/Jaggery Powder
  • Gula melaka berbentuk cylinder dan keras
  • Adapun gula nisan mempunyai bentuk kepingan bulat
  • Namun keduanya diperbuat daripada bahan yang sama iaitu air nira atau tuak daripada pohon kelapa
  • Gula nisan diasaskan oleh masyarakat pantai timur (terengganu/kelantan)
  • Gula ni antara 'delicacy' penting dalam gastronomy kita
  • Kegunaan gula ni termasuk untuk memasak, pencuci mulut seperi cendol & kuih muih, kek dsb


13) Sarawak Palm Sugar - Gula Apong



  • Nama lain - Jaggery powder
  • Gula apong ni sebenarnya boleh dikatakan sama dengan gula melaka
  • Tapi apa yang membezakan dia adalah dari sumber dia dibuay
  • Gula melaka dibuat dari pokok kelapa manakala gula apong dibuat dari pokok nipah yang banyak terdapat di hutan bakau sarawak
  • Pohon nipah tergolong dalam keluarga pohon kelapa bersama sama kelapa sawit
  • Jadi kita tetap menggunakan istilah 'air nira' yang menjadi asas dalam pembuatan gula apong ni
  • Diasaskan dan digunakan mainly oleh masyarakat di sarawak
  • Berbeza dengan gula melaka yang keras, gula ni dibuat memiliki tekstur yang lembut, lembap dan sedikit cair
  • Rasa gula ni hampir sama dengan gula melaka/nisan begitu juga dengan kegunaannya
  • Masyarakat sarawak di sana banga menghasilakn manisan dari gula apong


14) Rock Sugar - Gula batu



  • Gula unik ni dihasilkan dari 'pengkristalan' antara gula dan air
  • Air dilarutkan bersama gula pasir terlebih dahulu dan kemudiannya diproses melalui proses 'crystallization' menjadikan gula berbentuk batu ini
  • Gula ini pada asalnya diasaskan di Iran dan diguna hingga kini
  • Gula yang mempunyai bentuk dan kekerasan seperti batu ini lazimnya digunakan untuk masakan dan sebagai subs bagi gula pasir dalam minuman
  • Di negara kita harga gula ni agak murah namun sedikit tinggi berbanding gula biasa

Post a Comment

1 Comments

  1. Bertukar lah kepada Gula O kalau nak jaga pengambilan gula. 90% kalori lebih rendah. Tahap gula dlm badan pun tak naik tinggi mcm gula-gula yg dinyatakan di atas. Gula punca utama penyakit kronik. nak tahu pasal Gula O? google ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)