Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai CarSeat?

Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai CarSeat?
Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai CarSeat?

Sekarang ini, setiap hari ada post di group community mengenai tentang #CarSeat. Ada yang memandang sinis dengan usaha ini. Ada yang perlekehkannya. Dan tak kurang juga yang membantah sekeras-kerasnya.

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Terpulanglah samada nak follow atau tidak. Kadang-kadang benda yang baik ini memang sukar nak diterima. Betul tak?

Amir kongsikan 6 soalan dan jawapan dari group tentang “Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai Carseat?”

Baca dengan hati yang tenang dan terbuka yer kawan-kawan ☺️

1. Anak 6 tahun pun kena pakai carseat? Baik suruh umur 70 tahun je pakai carseat.

♥️ Kalau anak tu umur 4 tahun, tapi tinggi dah melebihi 135cm, tak perlu pakai carseat lagi tak pe. Utamakan pada yang paling kecil atau berisiko tinggi.

Tahu tak kenapa anak kecil tidak sesuai pakai seatbelt orang dewasa?

Apabila berlaku kemalangan, leher anak kecil tadi boleh patah sebab seatbelt itu sendiri apabila diparas lehernya.Kalau sekadar pakai lap belt je (yang atas pinggang sahaja, tiada silang di dada), anak yang kecil & ringan tu boleh tercampak keluar.

2. Sedap je cakap tak pakai carseat ni, tak sayang anak. Carseat mahal. Kami tak mampu nak beli. Menyusahkan rakyat. Kereta kecik, kasi la carseat free, kasi la subsidi beli kereta besar ke?

♥️ Carseat yang patuh piawaian ada dalam RM300. Boleh kumpul duit sebulan rm50. 6 bulan dah dapat beli, insyaAllah. Tak mampu nak kumpul 50 sebulan? Maaf la nak tanya, handphone di tangan tu rasanya lagi mahal dari carseat kan? 😜

3. Anak ramai, mana nak sumbat carseat sampai 4 biji dalam kereta Viva?

♥️ Utamakan carseat untuk anak yang paling kecil dulu. Abang atau kakak yang lain tu nanti dulu pun tak pe. yang penting, nampak usaha kita nak menyelamatkan anak-anak kita tu.

4. Hukum dulu pemandu mabuk, tampal dulu jalan berlubang. Tu lagi bahaya.

♥️ Kita tak mampu nak mengubah orang lain. Mulakan usaha dengan diri kita dulu. Toksah kita nk pung-pang dan tuding jari sana sini. Buat dulu usaha yang satu ni, pakaikan dulu anak carseat, then kita fight pula untuk si pemabuk dan jalan berlubang. Ok? 👍

5. Dah beli carseat, anak menangis tak nak duduk dalam tu. Membazir je beli. Memag kerajaan nak untung hasil jualan carseat dan saman orang kan?

♥️ Semua kanak-kanak pasti akan menangis bila disuruh duduk dalam carseat. Caranya ialah pujuk dan paksa sahaja. Biar dia menangis sekarang, jangan kita menangis kemudian apabila anak tercampak keluar. Banyak dah kes macam ni berlaku.

Saman? Malaysia ni kalau suruh buat pakai nasihat dan air liur je memang tak jalan. Tengok la sendiri, bila tak kasi merokok eh merokok juga di tempat awam. Bila kena saman baru la ada kurang sikit. Bab bawa kereta laju tu, memang ada saman. Nampak AES, slow la sikit.

Masyarakat kita ini memang kena minta diugut dengan saman baru nak dengar cakap. Takut duit terbang...💵

6. Kau kaya, boleh la cakap macam tu. Tak fikir ke orang miskin yang tak mampu.

♥️ Kalau kaya, takde la hujung bulan kawal makan kan. Cuma berusaha mengutamakan keperluan dahulu. Ramai je ibubapa yang cukup makan dalam group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) tu, usaha juga mereka kumpul duit beli carseat.

Bila tanya kenapa? Sebab katanya makan kita boleh catu. Nyawa anak kita ini cuma ada satu sahaja.

Akhir kata macam ni la, cakap banyak pun tak guna. Berbalik pada niat ibu bapa tu sendiri. Kalau betul ikhlas nak jaga keselamatan anak-anak, usahakanlah. Jika memang taknak, kau kasi la 1001 hujah, pasti akan dibalas dengan 9009 alasan yang lain.

Tepuk dada, tanya hati sendiri.

Wallahualam.

*Keselamatan si kecil adalah tanggungjawab ibubapa. Setiap tanggungjawab akan dipersoalkan kelak di akhirat.

Post a Comment

0 Comments