Laman Web Shaklee Terbaru

Laman Web Shaklee Terbaru
Laman Web Shaklee Terbaru
Bermula pada 11 Januari yang lepas, laman web Shaklee terbaru telah dikemaskini dengan beberapa pembaharuan bagi memudahkan ahli Shaklee membuat pembelian secara online.

Pengalaman kami sendiri setelah beberapa menggunakannya mendapati ia sangat mudah, kemas dan imej yang lebih segar. Ahli Shaklee juga boleh berkongsi tentang kebaikan Shaklee kini lebih mudah dengan beberapa langkah sahaja!

Baca : Untung Jadi Ahli Shaklee

Ada 8 ciri utama yang pasti disukai oleh pengedar/ahli Shaklee di dalam laman web terbaru ni ialah

Laman Web Shaklee Terbaru
Mobile Responsive dan Mudah Nak Shopping

1. Mobile Responsive
Mengikut kajian, lebih 70% pengguna internet menggunakan telefon pintar dalam menjalankan perniagaan dan membuat pembelian secara online. Laman web Shaklee terbaru ini dapat mengubah interface mengkikut jenis telefon pintar yang digunakan bagi memudakan pengguna membaca artikel atau membuat belian.

2. Mudah Nak Shopping
Pengalaman kami sendiri, ia mengambil masa kurang 5 minit untuk menyiapkan 1 belian. Sangat mudah kerana ia menyediakan button "search" bagi setiap produk yang ada.

Laman Web Shaklee Terbaru
One Stop Centre

3. One Stop Centre
Semua artikel, poster dan video kini boleh didapati dengan begitu mudah, serta format yang sesuai untuk Facebook, Instagram, WhatsApp, dan sebagainya!

4. Phone/Address Book
Sistem terbaru ini mampu menyimpan lebih daripada 100 alamat dan kita hanya perlu letakkan Label untuk memudahkan kita mencarinya.

5. Senarai hasrat / wishlist
Fungsi Senarai Hasrat /wishlist ini membantu kita mencipta senarai produk Shaklee yang kerap dibeli oleh kita. Tanpa perlu mencari di ruangan produk, kita hanya perlu pilih dari senarai wishlist tadi sahaja. Hanya dengan satu klik, kita boleh tambahkan sebarang produk ke troli beli-belah (shopping cart).

Laman Web Shaklee Terbaru
Carian Genealogi/Downline

6. Carian Genealogi / Downline
Buat yang mempunyai ramai downline (lebih dari 50 orang), fungsi ini sangat membantu. Kita hanya perlu search nama downline atau ID mereka sahaja. Terus kita dapat info mereka yang membantu kita berhubung dan membantu downline kita kerana mereka adalah keluarga Shaklee kita.

Laman Web Shaklee Terbaru
Dashboard

7. Dashboard
Dengan adanya dashboard ini, kita mudah nak pantau prestasi diri kita dari segi

  • Pencapaian pangkat efektif
  • Bonus (Cash Rebate)
  • UV point
  • Conferences Point (International Trip)
  • Status Penajaan (Bilangan orang yang ditaja).

Kesimpulannya, Dashboard ini ialah ringkasan bagi prestasi perniagaan kita.

Laman Web Shaklee Terbaru
Enrollment Link for New Member

8. Pautan pendaftaran ahli terbaru

Setiap ahli Shaklee kini mempunyai URL masing-masing. Ia lebih mudah untuk berkongsi URL dengan bakal ahli baru Shaklee dan untuk pendaftaran ahli baru.

Baca : 22 Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

Dengan adanya laman web Shaklee terbaru ini, ahli Shaklee boleh buat pembelian untuk diri sendiri mahu pun order pelanggan walau di mana sahaja dan bila-bila masa. Bak kata pepatah, "Sekarang ini, semua dihujung jari. Klik-klik sahaja, barang dah sampai depan pintu rumah"


Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi kami melalui link Whatsapp di sebelah.

Post a Comment

0 Comments