8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan

8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan
8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan

Polifenol adalah kompaun yang banyak ditemui di dalam tumbuhan semulajadi yang mempunyai sifat anti-oksidan. Terdapat lebih 8,000 polifenol yang di kenalpasti di dalam makanan seperti teh, wine, coklat, buah, sayuran dan minyak zaitun asli. Ini hanyalah sebahagian daripada yang ditemui dari 8,000 tadi.

Adalah penting untuk kita tahu bahawa polifenol memainkan peranan penting dalam memberi kesihatan optimum terhadap tubuh manusia. Anti-oksidan bertindak sebagai kumpulan yang membantu melindungi sel badan dari terganggu dengan radikal bebas yang rosak, serta sekaligus mengawal kadar tindak balas tubuh mengikut keadaan umur seseorang.

Sekiranya tubuh badan kita gagal mendapatkan perlindungan secukupnya, radikal bebas ini boleh menyebabkan berlakunya kegagalan sistem fungsi badan dengan baik. Perkara ini akan membawa kepada penurunan degradasi tisu dan meletakkan kita kepada risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan Alzheimer sebagai contoh.


Polifenol boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut iaitu;
  • Flavonoids
  • Resveratrol (Resveratrol inilah yang terkandung di dalam Vivix Shaklee yang menggunakan ekstrak anggur muscadine sebagai bahan utama untuk mendapatkannya. Ini kerana anggur muscadine mempunyai esktrak resveratrol yang sangat pekat dan tinggi berbanding yang lain)
  • Asid fenolik
  • Stilbenes
  • Lignans

Ramai dalam kalangan kita belum terdedah dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang khasiat dan manfaat polifenol ini untuk kesihatan kita terutamanya. Teruskan pembacaan anda untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk polifenol dan kesihatan.

8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan


Meningkatkan Sistem Imunisasi
  • Mempercepatkan tindakbalas sistem imun terhadap sebarang jangkitan.
  • Membantu mempercepatkan proses pemulihan badan.
  • Mengurangkan risiko jangkitan kembali berulang.



Kulit Kelihatan Lebih Muda
  • Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit.
  • Melindungi kulit dari sinar UV.
  • Membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan membuatkan kulit nampak berseri.


Menggalakkan Fungsi Detox 
  • Meningkatkan fungsi detox organ badan.
  • Membantu badan memecah lemak dengan lebih efektif.
  • Membantu mengurangkan berat badan. Sesuai untuk orang yang inginkan berat yang ideal.


Meningkatkan Tenaga & Menguatkan Otot
  • Membantu menghasilkan lebih tenaga dan mengurangkan keletihan.
  • Membantu menguatkan otot.
  • Meningkatkan prestasi sewaktu bersukan.
  • Membina jisim otot bagi warga emas.


Mengekalkan paras gula yang sihat
  • Mengurangkan paras gula darah, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekatan insulin.
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat.
  • Mengurangkan tahap kolestrol jahat (LDL), dan meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL).


Memelihara kesihatan sendi
  • Meningkatkan penghasilan kolagen pada tulang rawan dan sendi.
  • Mengurangkan kesakitan akibat keradangan pada sendi.
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi.



Meningkatkan daya ingatan dan aliran darah ke otak
  • Menggalakkan fungsi otak.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Meningkatkan fokus dan daya tumpuan.



Mempunyai kuasa pencegahan sel abnormal
  • Pelbagai kajian dan penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam mencegahpertumbuhan sel yang abnormal.
  • Kajian makmal menunjukkan bahawa Polifenol membantu melindungi daripada kerosakan DNA, yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel yang abnormal.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi kami:
Nad : 012-2295680 / Amir : 012-2372641


Post a Comment

0 Comments