FAQ ResV Shaklee

FAQ ResV Shaklee
FAQ ResV Shaklee

FAQ ResV Shaklee
Disemak oleh Nutritionist Shaklee

1. Apakah Itu ResV?

ResV diformulasi secara saintifik untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan mengekalkan keremajaan serta kehidupan yang bertenaga. Ia diperbuat daripada campuran proprietari, dengan gabungan polifenol semula jadi dan ekstrak botanikal dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Anggur Pomace, Delima, Chebulic Myrobalan, Anggur Hitam, Anggur Merah dan Lobak Ungu.

2. Apakah Perbezaan Antara Vivix Dan ResV?

Melalui penyelidikan bertahun-tahun, kami dapati polifenol tertentu mungkin mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sel. Shaklee telah mencipta campuran polifenol dari sumber semula jadi yang lebih seimbang dengan kepelbagaian polifenol yang menyerupai polifenol berspektrum luas daripada alam semula jadi. Sebagai tambahan kepada polifenol berkuasa dari anggur muscadine, ResV kini mengandungi polifenol dari delima, ekstrak anggur merah, chebulic myrobalan dan banyak lagi. Berdasarkan data daripada kajian ke atas polifenol dan ResVeratrol, kami menambahbaik keseimbangan ResVeratrol dan polifenol untuk menghasilkan profil polifenol yang lebih aktif.

3. Apa Yang Membuatkan Anggur Muscadine Berbeza Dari Anggur Lain?

Anggur Muscadine adalah antara anggur yang paling jarang ditemui, anggur tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, ia menghasilkan antioksidan yang berkuasa. Anggur muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya. Profil unik polifenolnya memberi perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.

4. Bagaimana Formula ResV 30% Lebih Berkuasa Berbanding Vivix?

Spektrum polifenol sudah berubah daripada Vivix dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga dipertingkatkan. Dalam satu kajian makmal, formulasi ResV menunjukkan 30% lebih berkuasa dalam merencatkan pembentukan protein AGE berbanding Vivix. Perbezaan kuasa ini yang dikesan melalui esei AGE berlaku kerana terdapat perubahan pada spektrum polifenol kerana perbandingan saksama dibuat ke atas penghantaran polifenol. Buktinya kini masih dalam ujian.

5. Berapa Banyak ResV Yang Perlu Saya Ambil Dalam Sehari?
 Dos yang disarankan ialah 2 kapsul sehari.

6. Bilakah Saya Perlu Ambil Vivix Dan ResV?
Ambil Vivix setiap hari, sebaiknya dengan makanan, pada waktu pagi sebagai perlindungan untuk anda menjalani kehidupan seharian dan ambil ResV pada waktu malam sebagai pemulihan ketika tidur bagi menyokong pemulihan badan.

7. Berapa Lama ResV Boleh Bertahan?
ResV mempunyai jangka hayat 24 bulan daripada tarikh pengeluaran.

8. Perlukan ResV Disimpan Dalam Peti Sejuk?

ResV tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kami sarankan anda menyimpannya dalam suhu di bawah 30⁰C dan terlindung daripada cahaya dan kelembapan untuk mengekalkan kesegaran serta aktiviti polifenol optimum dalam produk ini.

9. Siapakah Yang Akan Mendapat Manfaat ResV?
ResV direka untuk semua orang yang inginkan kehidupan sihat dan sejahtera serta mereka yang sentiasa sibuk. Anda boleh bawa dan ambil ResV ke mana saja, pada bila-bila masa. ResV tidak disarankan untuk wanita hamil atau menyusukan anak atau individu di bawah umur 18 tahun.

10. Adakah Terdapat Langkah Berjaga-jaga?
Tidak ada interaksi yang diketahui antara ResV atau mana-mana ramuannya dengan makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar individu yang berada di bawah jagaan doktor, mempunyai masalah kesihatan serta penyakit atau yang mengambil ubat preskripsi, terutama ubat cair darah supaya berbincang mengenai penggunaan ResV dengan doktor mereka.

Kelebihan ResV dan Vivix


11. Adakah ResV Disahkan Halal?
Ya. ResV diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

12. Boleh tak saya ambil 1 biji ResV sehari sahaja? Apa kesan dia?
Ikut cadangan, ambil 2 biji untuk rasa kesan positif. Jika ambil 1 sahaja, kurang kesan positif.

13. Boleh tak anak saya berumur 7 tahun makan ResV?
ResV sesuai untuk umur 18 tahun ke atas.

14. Ibu hamil atau menyusu boleh ambil tak ResV?
ResV tidak diuji ke atas ibu mengandung atau menyusu. Ambil atas risiko sendiri.

15. Kenapa bila saya ambil ResV, kepala jadi pening-pening? Adakah ia healing crisis?
Biasanya berlaku jika individu tersebut mempunyai tekanan darah yang rendah. Jadi, digalakkan amik lepas makan, minum air kosong mencukupi. Dan, jika ada ambil ubat, sila refer pada doktor terlebih dahulu.

16. Saya ada makan ubat doktor, boleh tak saya ambil ResV untuk tenaga?
Jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam dari waktu makan ubat doktor. Dan, pastikan doktor tahu yang anda mengambil suplemen tambahan.

17. Customer nak ambil untuk ikhtiar kanser, contoh dah stage 2-4. Berapa biji kena ambil ResV? 2 biji atau lebih?
Pesakit tersebut perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ResV.
Untuk makluman, ResV mengandungi Polifenol yang membantu memberi tenaga selepas proses kemoterapi. Tujuannya, untuk melindungi sel2 badan yang masih sihat, dan memberi tenaga pada SEL.

18. Bolehkah saya ambil ResV waktu siang sedangkan yang dicadangkan pengambilan pada waktu malam? Adakah kesan berbeza siang dan malam?
Boleh diambil bila-bila masa sahaja, selepas makan. ResV yang diambil waktu siang akan memberikan tenaga. Jika malam, lebih kepada repair SEL.

19. Bolehkah ambil ResV bersama-sama vitamin lain pada masa yang sama? Sebagai contoh 2 biji ResV dan 3 biji Ostematrix sebelum tidur?
ResV boleh diambil dengan supplement Shaklee yang lain kerana ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Selamat diambil.

20. Berapa lama tempoh masa kajian diambil untuk memperkenalkan resV berbanding vivix?
8 tahun kajian yang diambil untuk menghasilkan ResV.

Perbandingan Vivix dan ResV


21. Kalau kandungan Vivix dah ada pada ResV malah lebih banyak pada ResV, ini bermakna Vivix dah tak perlu ambil lagi. Betul ke? Kalau tak betul boleh jelaskan kenapa kena ambil Vivix, tidak hanya ResV sahaja.
Jika ambil kedua-duanya, anda akan mendapat lebih broad spectrum polifenol. Jadi, kesan baik untuk kesihatan lebih banyak.

22. Bolehkah mereka yang ada makan ubat diabetes/ubat darah tinggi/ubat kolestrol/ubat cair darah mengambil ResV? Jika boleh, bagaimana cara nak makan dan bila masa yang sesuai?
Pesakit tersebut perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ResV.

23. Kalau ada buasir, boleh ambil ResV tak?
Tiada masalah untuk ambil. Tapi juga digalakkan amik herblax.

24. Bolehkah ResV diambil waktu pagi dan Vivix diambil waktu malam?
Boleh.

25. Boleh ke ResV rendahkan atau stabilkan tekanan darah pesakit darah tinggi?
ResV bukan utk mengubati kerana ia bukan ubat. Kesan bergantung kepada individu.

26. Adakah ResV sesuai utk turunkan paras kolesterol?
Jawapan seperti soalan no 14.

27. Betulkah kalau makan ResV pada waktu malam, akan buat kadar gula dalam darah meningkat pada waktu siang?
Tidak.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi kami:
Nad : 012-2295680 / Amir : 012-2372641

Post a Comment

1 Comments

  1. bolehkah resv diambil bila sedang haid

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)