10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan |
Sebelum ini, ada kami kongsikan 7 cara nak banyakkan susu badan.
Tak baca lagi? Boleh klik link dibawah ini yer.
Baca : 7 Cara Nak Banyakkan Susu Badan
Hari ini, kami nak kongsikan pula 10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan.
Dalam konsep penyusuan ini, syarat utama untuk mendapat susu badan yang banyak adalah fahamkan terlebih dahulu konsep Demand vs Supply.
Apa itu Demand vs Supply.
Ia adalah satu konsep yang penting dalam proses penyusuan. Bermaksud keperluan susu ibu dari bayi dan pembekalan susu badan dari ibu. Berapa banyak bayi perlukan, banyak itulah yang ibu perlu bekalkan.
Sebagai contoh, sekiranya bayi anda minum sebanyak 5ml pada setiap sesi penyusuan, kita hendaklah pastikan bekalan untuk bayi cukup 5ml. Dah follow konsep tadi tapi susu masih sikit.
Masa inilah kita tahu apakah makananan yang sesuai dan boleh banyakkan susu badan.
1. Buah Kurma adalah salah satu sumber karbohidrat yang tinggi. Jadi, kurma ini dapat menggantikan tenaga yang hilang.
Cara-cara:
Ambil 5 biji kurma dan buang bijinya. Kisarkan kurma tadi dengan 240ml atau segelas susu segar. Boleh terus diminum sebelum dan selepas menyusukan bayi atau simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Nad biasa gantikan susu segar dengan segelas bancuhan ESP.
Cara-cara:
- Kunyah sesudu habatus sauda sehingga keluar minyak dan telan. Jika tidak mampu makan begitu sahaja, boleh amalkan cara kedua.
- Rebus beberapa sudu habatus sauda dengan air. Minum air rebusan. Amalkan 2-3 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan.
3. Longan Kering
Cara - Cara : Rebus longan kering bersama air dan sedikit gula batu. Minum segelas air rebusan longan setiap hari. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk rasa lebih enak.
4. Lobak Putih
Cara-cara: Campurkan lobak putih ke dalam masakan sayur. Juga sesuai dijadikan sup ketika berpantang.
5. Oat atau Bijirin
Cara-cara:
Campurkan oat dengan minuman panas kegemaran seperti Milo atau Coklat. Boleh juga dijadikan bahan di dalam adunan biskut. Ini contoh biskut yang dibuat menggunakan oat.
6. Pegaga
Cara-cara:
- Dimakan begitu sahaja dengan menjadikan ia sebagai ulam.
- Kisar daun pegaga dengan secawan air untuk dijadikan air minuman.
7. Bawang Putih
Cara-cara:
Campurkan bawang putih ke dalam masakan. Jika tidak sukakan bawang putih, boleh amalkan Garlic Complex dari Shaklee.
8. Kekacang
Cara-cara:
Jadikan kacang sebagai snek. Anda boleh campurkan kacang badam bersama kisaran ESP dan Kurma. Memang lemak berkrim disukai. Anda harus mencuba resepi bancuhan ESP + Kurma + Badam. Pasti anda akan turut jatuh cinta.
9. Air Masak/Kosong
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)