Beli Produk Shaklee Secara Sah di Online

Akibat Beli Shaklee di Lazada
Akibat Beli Shaklee di Lazada

Alhamdulillah hari ini, sudah ramai mula berniaga online sebagai side income dan ada juga yang buat secara full time. Ada yang jadi agen dropship, jadi agen syarikat, ada yang jadi stokis dan sebagainya.

Cabaran besar agen jualan produk diantaranya ialah E-Commerce yang menyediakan platform yang mudah bagi peniaga kecil untuk mula berniaga. Tetapi kesan buruk terhadap agen jualan produk yang boleh Amir lihat sendiri ialah Perang Harga. Produk yang sama, tapi harga berlainan dari setiap peniaga di E-Commerce. 

 Gejala Perang Harga ini, menyebabkan ada peniaga terpaksa turunkan harga tidak munasabah tapi menjual produk yang rosak atau sudah expired. Yang rugi sudah pasti customer dan termasuk juga agen lain yang berniaga secara jujur. Benda ini banyak terjadi kepada ramai agen lain termasuk owner produk yang bertungkus lumus menghasilkan produk mereka, kemudian ada orang cuba beli secara pukal dan jual murah di E-Commerce. 

Sales yang besar, akan membawa komisen yang besar. Ini membuatkan segmen market untuk produk tersebut rosak teruk dan ada agen lain yang tak boleh cari makan kerana customer nak beli harga murah di E-Commerce. 

Dato' Alif Syukri juga pernah mengamuk bila dia tahu ada orang jual produk beliau dengan murah (bawah harga yang disyorkan) di E-Commerce ni. 

Bagaimana pula hukumnya dalam Islam? 

Ustaz Zaharuddin ada kongsikan yang Islam melarang kita merosakkan nilai market kerana kita telah membuatkan agen lain rugi dan dalam masa yang sama, mereka telah melanggar peraturan atau akta yang Syarikat keluarkan termasuklah menjual barang tidak berkualiti kepada customer (menipu).

Pesan Amir cuma satu jer. Nak beli produk Shaklee, beli lah terus dari agen Shaklee yang sah. Jika ada kerosakan pada barang atau tidak berkesan, customer boleh maklumkan pada agen dan pihak Shaklee juga.

Post a Comment

0 Comments