Persiapan Sebelum Vaksin Covid 19

Ketahui Proses Sebelum, Semasa & Selepas Suntikan Vaksin COVID-19 


Alhamdulillah, kami selesai sudah menerima vaksin pada 14 Julai 2021 di Bangi Avenue Convention Center di Bandar Seri Putra. Perjalanan kami ke sana lancar, dan anak-anak tinggal di rumah jiran sebab parent Amir pun ambil vaksin 2nd dose di Mines Convention Center.

Kami nak share sedikit perjalanan dan proses sebelum, semasa dan selepas suntikan Vaksin Covid 19 dengan para pembaca.

Register dulu dalam MySejahtera dan sentiasa check apps untuk dapatkan tarikh Vaksin.

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang vaksin COVID-19 di dalam minda setiap rakyat. Perkara ini normal sebagai seorang manusia untuk rasa curiga pada perkara yang baru dan mungkin rasa ketakutan pada apabila kurang jelas pada pemahaman vaksin ini.

Untuk pengetahuan semua, vaksin COVID-19 ini layak diterima oleh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit COVID-19. Menerima vaksin ini adalah sama seperti menerima vaksin untuk penyakit lain yang sedia ada di Malaysia ini. 

Sebelum Menerima Suntikan Vaksin COVID-19
  1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah mengemaskini maklumat anda di dalam aplikasi MySejahtera 
  2. Pastikan anda telah menjawab kesemua soalan penilaian di dalam aplikasi MySejahtera. Anda juga perlu membaca dan memahami Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera. 
  3. Sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan penerangan tentang vaksin ini dan anda perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di hadapan petugas kesihatan. 
  4. Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika anda layak atau tidak untuk menerima vaksin.

Akan dapat SMS juga mengenai tarikh Vaksin. Jadi, kena alert juga yer.

Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:
  • Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk 
  • Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini 
  • Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi 
  • Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
  • Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah
Sebelum itu, pastikan anda datang pada pusat pemberian pada tarikh yang ditetapkan dan pastikan anda membawa :
  1. kad pengenalan (IC)
  2. Telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera.
  3. Pen (tak perlu kongsi dengan orang lain).
  4. Hand sanitizer (jika perlu).
  5. Sentiasa pakai mask
  6. Air masak (jika perlu)
  7. Pakai pakaian yang selesa. Jika perlu bawa sweater, disilakan sebab dewan boleh tahan sejuk.
*Bagi warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.

Semasa Menerima Suntikan Vaksin Covid 19

Update MySejahtera dan tunjuk pada petugas disana.

Masa kami sampai tu, kena beratur macam biasa. Petugas dan anggota Rela sentiasa minta anda buka siap-siap apps MySejahtera untuk mereka semak samada kita ini datang temujanji pada tarikh dan lokasi yang betul. Tidak lupa, mereka minta kita update MySejahtera untuk ketahu status kesihatan terkini kita. Mereka sangat berjaga-jaga bab ni sebab nak elakkan kes di IDCC berulang kembali.

Proses dari menunggu sampai nak cucuk Vaksin tu ambil masa dalam 45-50 minit dengan 4 stesen yang perlu dilalui. Semuanya diatur kemas dan ada petugas yang membantu, jadi tidak perlu risau. Ada yang tak pasti, boleh tanya dengan petugas. Masa Amir menunggu tu, ada sorang mamat ni yang tak boleh cakap melayu dan english. Jadi petugas cari translator untuk bantu beliau.

Check Point 1

Check Point 3. Masa ni dah dapat borang dan tengah isi sambil menunggu no di panggil macam kat bank gitu.

Menunggu no giliran

Borang kena isi. Tak boleh share penuh sebab confidential katanya

Selepas no dipanggil, kami diminta ke kaunter pengesahan bagi memastikan bahawa kami bersetuju untuk menerima vaksin. Petugas akan tanya samada kita ada sakit, alahan atau tengah pregnant/nak pregnant. Masa ini juga, nama vaksin diberikan dan kami dapat jenis Sinovac.

Lepas dah jelas dengan penerangan yang diberikan, kita akan sign sebagai tanda setuju sebelum ke checkpoint seterusnya untuk di cucuk.

Menunggu giliran sebelum di cucuk

Bila kita dipanggil masuk ke dalam bilik (ruangan) doktor, kita boleh bertanya apa sahaja kemusykilan pada doktor untuk kepastian. Contoh soalan yang ditanya ialah side effect selepas dicucuk. Apakah antara risiko/pantang larang selepas dicucuk ni.

Kami dapat doktor muda nama Alvin, berasal dari KL. Berborak juga la sambil dia nak cucuk tu. Maybe dia nak kasi hilang gemuruh dalam badan kami rasanya. Hehe

Bahagian yang akan disuntik tadi, akan disapukan dengan alcohol swab untuk membersihkan bahagian suntikan daripada kuman yang boleh menjangkiti sewaktu suntikan. Doktor Alvin cucuk bahu sebelah kiri. Tak rasa sangat waktu dicucuk tu, mungkin badan tengah rileks rasanya.

Selepas itu, kami diminta berada di ruang pemerhatian selama 15 minit. Jika ada rasa pening atau nak muntah, cepat-cepat angkat tangan untuk maklumkan pada petugas. Alhamdulillah, badan kami tiada apa-apa sampai la balik ke rumah.

Rupa kad vaksin

Total perjalanan kami lebih kurang 1.5 jam dari parking kereta sampai bertolak keluar dari Bangi Avenue Convention Center. Duk risau juga kat anak-anak yang ada bersama jiran. 

Alhamdulillah, selesai sudah dos pertama kami. Tunggu 3 minggu lagi untuk dos ke 2 di tempat yang sama.

Bergambar dulu sebelum balik. Tak ambil di photo booth sebab nak elak dari orang ramai


Post a Comment

0 Comments