![]() |
B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B |
Adakah kita sedar akan keperluan vitamin B adalah sangat penting buat tubuh badan kita. Kekurangan vitamin B akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dan menurunkan tahap kesihatan tubuh badan.
Vitamin B complex terdiri daripada lapan jenis vitamin B penting: B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid pantotenik), B6 (piridoksin), B7 (biotin), B9 (asid folik), dan B12 (kobalamin). Setiap vitamin ini memainkan peranan yang unik untuk kesihatan badan.
Berikut adalah beberapa kelebihan utama vitamin B complex:
1. Meningkatkan Tenaga dan Metabolisme
- Membantu menukar karbohidrat, protein, dan lemak kepada tenaga.
- Vitamin B1, B2, B3, dan B5 amat penting dalam proses metabolik ini.
2. Mengurangkan Stres dan Meningkatkan Mood
- Vitamin B6, B9, dan B12 membantu penghasilan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin, yang penting untuk kesihatan mental.
- Sesuai untuk mengurangkan keletihan, kebimbangan, dan kemurungan ringan.
3. Menyokong Sistem Saraf
- Vitamin B12 dan B1 memainkan peranan penting dalam fungsi saraf, membantu mengelakkan masalah seperti kebas, kesemutan, dan kekejangan otot.
- Mengurangkan risiko gangguan neurologi seperti neuropati.
4. Membantu Pembentukan Sel Darah Merah dan Mencegah Anemia
- Vitamin B9 (asid folik) dan B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah, mengelakkan anemia dan keletihan.
![]() |
10 Manfaat B Complex Shaklee |
5. Memperbaiki Kesihatan Kulit, Rambut, dan Kuku
- Vitamin B2, B3, dan B7 (biotin) penting untuk kulit sihat, mengurangkan keradangan, dan memperbaiki tekstur rambut serta kekuatan kuku.
6. Menyokong Sistem Imun dan Fungsi Hati
- Vitamin B6 membantu dalam penghasilan antibodi dan menyokong fungsi sistem imun.
- B5 dan B6 juga menyumbang kepada detoksifikasi di hati.
7. Meningkatkan Kesihatan Jantung
- Vitamin B6, B9, dan B12 mengurangkan tahap homosistein dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
![]() |
6 Sebab anda perlu pilih B Complex Shaklee |
Kebaikan B Complex Shaklee
1) Menukarkan makanan kepada tenaga – B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
2) Melawan Tekanan – B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
3) Membantu Tumbesaran – B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Kesihatan Rambut – B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.
5) Kesihatan Mata – B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
6) Mengurangkan risiko mendapat anemia – B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
7) Meredakan Senggugut – B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche. B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
9) Detoksifikasi – Meredakan Alahan.
![]() |
Kandungan B Complex Shaklee |
Siapa yang Memerlukan Vitamin B Complex?
- Wanita hamil dan menyusu (untuk menyokong perkembangan janin)
- Orang yang mengalami keletihan berpanjangan atau tekanan
- Warga emas (untuk mencegah masalah saraf dan anemia)
- Mereka yang menjalani diet vegetarian atau vegan (kekurangan B12)
![]() |
Perbandingan B Complex Shaklee dengan produk lain |
Pengambilan vitamin B complex secara konsisten dapat memberi banyak manfaat kepada tubuh, namun dos yang berlebihan juga boleh mendatangkan kesan sampingan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi kami:
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)