Kenapa Nad memilih Breastfeeding?

Assalamualaikum :)

Muhammad Az Zahin: Less 24hrs after birth :)
Selepas melahirkan Zahin, susu tak terus ada. Masa pregnant pun, seingat Nad, tak pernah keluar susu. Tapi itu tak mematahkan semangat Nad untuk menyusukan Zahin sendiri. Sebab itulah impian Nad sejak Nad anak dara lagi. Hehe. Macam over pulak kan. Tapi sebab Nad sukakan baby, so Nad dah fikir sejak anak dara lagi nak berikan yang terbaik buat anak Nad iaitu susu ibu :)

Orang boleh cakap,


"Kenapa susu ibu? Kalau susu botol lagi senang kot? Orang lain pun boleh bancuhkan. Senang orang nak jagakan anak kita".

Ha, itu lah yang Nad tak nak. Bukan semua orang mahu menyusukan anak sendiri sebab ianya bukan kerja yang senang. Tak semua orang sanggup. Kalau anak minum susu botol, orang lain boleh jagakan. Boleh tinggal je kat mak kita kat kampung ke, suruh jagakan. Husband pun senang nak tolong. Betul tak? Tapi pada Nad, tak nampak di mana tanggungjawab ibu yang melahirkan tu di situ. Itu pendapat Nad la. Tapi Nad faham tak semua orang yang mahu menyusukan anaknya, dapat menyusukan atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.

Bila kita menyusukan anak kita, nampak kat situ anak tu hak kita, tanggungjawab kita. Anak tu kita yang punya. Sebab dia minum susu kita. Betul tak? :)

Lagipun susu ibu adalah hak anak. Dalam Islam sendiri menyuruh umatnya menyusukan anak sehingga anak berumur 2 tahun, sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Klik untuk gambar lebih besar.
Kredit untuk hasnulhadiahmad.com
So 2 sebab tadi lah sebab utama kenapa Nad bersungguh-sungguh nak menyusukan sendiri anak Nad.

Ada banyak lagi kelebihan bila menyusukan anak. Bukan anak je dapat manfaat. Ibu pun sama :) Nanti Nad share lagi di next entry ya!

So, apakah reason anda? :)

Post a Comment

8 Comments

  1. arap2 impian murni tercapai buat 2nd baby ni :)

    ReplyDelete
  2. ariana dulu dpt bf smpi umur 7 bln je sbb syg pregnant kot ms tu baby xnk susu dh.risau baby x susu trs bg susu formula sdgkn sy nurse.tp arfan sy dpt bg df kat dia sbb sy dh xkeje.tp stiap kali df arfan,ariana akn tgk je..mgkn dia pelik kot..ms tu sy akn rs bersalah sgt kat dia.sy nak buat tanderm(btl ke ejaan ni) nursing tp ariana xmo..sedihnye....:(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. ariana dulu dpt bf smpi umur 7 bln je sbb syg pregnant kot ms tu baby xnk susu dh.risau baby x susu trs bg susu formula sdgkn sy nurse.tp arfan sy dpt bg df kat dia sbb sy dh xkeje.tp stiap kali df arfan,ariana akn tgk je..mgkn dia pelik kot..ms tu sy akn rs bersalah sgt kat dia.sy nak buat tanderm(btl ke ejaan ni) nursing tp ariana xmo..sedihnye....:(

    ReplyDelete
  5. ariana dulu dpt bf smpi umur 7 bln je sbb syg pregnant kot ms tu baby xnk susu dh.risau baby x susu trs bg susu formula sdgkn sy nurse.tp arfan sy dpt bg df kat dia sbb sy dh xkeje.tp stiap kali df arfan,ariana akn tgk je..mgkn dia pelik kot..ms tu sy akn rs bersalah sgt kat dia.sy nak buat tanderm(btl ke ejaan ni) nursing tp ariana xmo..sedihnye....:(

    ReplyDelete
  6. ariana dulu dpt bf smpi umur 7 bln je sbb syg pregnant kot ms tu baby xnk susu dh.risau baby x susu trs bg susu formula sdgkn sy nurse.tp arfan sy dpt bg df kat dia sbb sy dh xkeje.tp stiap kali df arfan,ariana akn tgk je..mgkn dia pelik kot..ms tu sy akn rs bersalah sgt kat dia.sy nak buat tanderm(btl ke ejaan ni) nursing tp ariana xmo..sedihnye....:(

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...sehingga umur aqeef 2 tahun 2 bulan ni, syida masih lagi menyusu dengan susu ibu..sangat2 bersyukur dapat kenal dengan supliment shaklee.. :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...sehingga umur aqeef 2 tahun 2 bulan ni, syida masih lagi menyusu dengan susu ibu..sangat2 bersyukur dapat kenal dengan supliment shaklee.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)