Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Siapa

Assalamualaikum :)

Pengalaman Nad Berpantang Anak Pertama

Sekarang makin ramai yang sedar tentang kesan pengambilan jamu. Macam Nad dulu, Nad beli set berpantang yang ada jamu jugak sebab tengok review ramai yang cakap elok tapi akhirnya tak dapat makan langsung sebab Zahin jaundice sehingga berusia 2 bulan baru lah doktor confirm kan yang Zahin dah jaundice-free. Masa tu memang tak tahu langsung yang kalau baby kuning, kita tak boleh makan jamu. Sebab nanti jaundice baby lagi tinggi. Akhirnya Nad tak makan apa-apa jamu ataupun supplement pun. Masa tu Nad pun belum jumpa Shaklee lagi. Next berpantang confirm akan ambil Shaklee products je.

Lepastu ada jugak baby yang cirit birit sebab ibunya makan jamu dalam pantang. Jamu ni kan panas, so bila breastfeed memang akan effect kat baby. So supplement lah option yang terbaik.

Supplements S

Actually Set Bersalin Shaklee ni lebih kurang je dengan Set Menyusu Shaklee cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc. Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin :)

Mari kita lihat semula apa fungsi Vita-Lea, B Complex, dan Vitamin C yang ada dalam Confinement Set ni.

1. Vita-Lea with Iron Formula (multivitamin)
- Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
- Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan

2. B Complex
- Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu

3. Vitamin C
- Mengurangkan stretch marks!
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

Shaklee Alfalfa Complex
Boleh juga add on Alfalfa sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
- Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
- Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Shaklee Lecithin
Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Confinement Set ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D

Terpulanglah kepada anda untuk memilih mengikut keperluan sewaktu di dalam pantang.

Kalau ada yang berminat dengan Set Bersalin Shaklee ni, bolehlah SMS or Whatsapp Nad di 012 229 5680.

Post a Comment

3 Comments

  1. macam best jer hehe...ni yang buat prasaan nak branak lagi nih =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)