Kalau sebut kedai baby di Besut, mesti ingat kat kedai Anakku di Jerteh je kan? Selain tu bahagian baby di Pantai Timur atau Econjaya. Tak banyak pilihan.
Rupa-rupanya kawan sekolah Nad ni dah buka kedai baby di Kuala Besut!
Teruja sangat pergi kedai ni! Rambang mata Ummi tengok dress for girls yang cantik-cantik. Tapi Ummi kena bawak bersabar dulu sebab dress paling kecik size 1 tahun :D Baju Ziyani banyak lagi yang dah beli tapi belum pakai lagi sebab besar. Simpan dulu :D
Dress Ziyani yang ditaja oleh tokey Butik Aqil. Terima kasih Uncle Wan dan Aunty Gee :) |
Anak-anak bujang pulak seronok
sebab dapat baju Spiderman, Superman, Cars. Sorang dapatlah 2-3 helai.
Nasib baik Uncle Iwan Pokmat kasi harga kasih sayang. Hahaha. Tu belum
kira lagi jeans RM28 je sehelai! Dan lain-lain lagiiiiii :D
So
ibu-ibu di area Besut bolehlah singgah ke kedai Dr. Ruziana Baharudin
dan Pokmat ni ya. Di Kuala Besut. Harga memang murah tapi kualiti masih
maintain :)
Kedainya agak luas, tidak terlalu sempit yang penuh dengan barang. Branded kids wear boleh tahan especially dresses. Keperluan baby yang lain pun ada macam botol susu, towels, etc. Berkarpet dan ada air-cond. Jadi memang selesa nak bawak anak-anak shopping.
Suasana dalam Butik Aqil |
Peta lokasi ke Butik Aqil |
Butik Aqil ni dekat dengan Klinik Kesihatan Kuala Besut. Sederet dengan 7 Eleven.
Boleh visit dan like page diorang Butik Pakaian Bayi Dan Kanak Kanak AQIL.
1 Comments
baju budak2 girls memang geram tengok.hihi
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)