Panduan 6 Kaedah Penyimpanan Susu Ibu Yang Telah Diperah

Klik untuk paparan lebih jelas


Ada 6 kondisi penyimpanan susu ibu yang telah diperah:


1. SUHU BILIK
19 - 26 darjah celcius

Ideal: 4 jam
Dalam Keadaan Sangat Bersih: sehingga 6 jam

Nota: Pastikan suhu paling rendah yang mungkin. Cuba balut menggunakan tuala lembap


2. COOLER BAG
4 - 15 darjah celcius

Tahan selama 24 jam

Nota: Letakkan pek ais di sebelah susu yang diperah, jangan selalu buka cooler bag


3. PETI SEJUK
Kurang dari 4 darjah celcius

Ideal: 72 jam
Dalam Keadaan Sangat Bersih: sehingga 8 hari

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah
 

4. PETI SEJUK BEKU (PETI SEJUK 1 PINTU)
Kurang dari -15 darjah celcius

Ideal: 2 minggu
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah


5. PETI SEJUK BEKU (PETI SEJUK BERLAINAN PINTU)
Kurang dari -20 darjah celcius

Ideal: 3-6 bulan
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah


5. DEEP FREEZER
Kurang dari -18 darjah celcius

Ideal: 6-12 bulan
*TIDAK boleh dibekukan semula

Nota: Simpan di bahagian paling dalam (paling jauh dari pintu peti sejuk), untuk memastikan ia pada suhu terendah



NOTA TAMBAHAN:

1. Susu yang baru diperah adalah yang terbaik
2. Bersihkan bekas simpanan susu dan pump menggunakan sabun dan air suam
3. Basuh sebersihnya tangan anda dan keringkan sebelum memerah susu atau menyimpan susu perahan
4. Panaskan susu yang telah disejukkan dengan cara merendam bekas susu perahan di dalam air suam. Jangan tinggalkan begitu sahaja di mana-mana atau panaskan ia mengunakan microwave atau di atas dapur!
5. Cairkan susu perahan yang beku dengan menyimpannya di dalam peti ais biasa selama 12 jam, atau letakkannya di bawah aliran air bersuhu bilik, kemudian alirkan air yang suam pula

Sumber: www.milkandlove.com.au

Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks for the info. Teringat masa breastfeed anak..ke sana sini bawak cooler bag :)

    ReplyDelete
  2. Tq for info..nk start keje dh kena start Pam susu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)