Kenapa Kita Perlukan Omega 3? (Short Video)

Assalamualaikum semua,

Nad nak kongsikan dengan pembaca blog Nad "Kenapa Kita Perlukan Omega 3?
Short video ini dishare oleh Dr Josh Axe, salah seorang doctor yang mengamalkan pemakanan semulajadi. Beliau ingin berkongsi manfaat asid lemak Omega-3 dalam bentuk video agar mudah untuk difahami.



Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting untuk diet kita. Kajian menunjukkan kira-kira 95% rakyat Amerika tidak mendapat cukup Omega-3 dalam diet mereka. Terdapat dua jenis lemak yang kita ingin jaga dalam tubuh anda, Omega-3 dan Omega-6.

Kebaikan Omega-3 ialah :-
1) Mengurangkan keradangan
2) Mengurangkan risiko penyakit jantung
3) Mengurangkan risiko kanser
4) Membantu prestasi untuk ahli sukan
5) Membantu menurunkan berat badan
6) Memperbaiki fungsi otak, dan banyak lagi!

Biasanya, orang ramai mengambil lebih banyak asid lemak Omega-6 di dalam badan mereka, ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan keradangan.

Antara sumber yang kaya dengan Omega-3 seperti daging lembu dan bison, telur,  daging ikan liar yang ditangkap, benih chia dan flaks, dan suplemen omega-3 yang berkualiti atau minyak ikan kod.

* Kandungan video diatas adalah pendapat Dr Josh Axe, dan hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Ia tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan atau mengambil tempat nasihat perubatan atau rawatan dari seorang doktor peribadi. Semua penonton kandungan ini dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka atau profesional kesihatan yang berkelayakan mengenai soalan kesihatan tertentu.

Hubungi kami jika anda berminat dengan product Omega Guard Shaklee

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments