Hari Pertama (16 Dec 2017)
Perjalanan kami bermula dari Bangi pada 16 Dec dan singgah sebentar di Hotel Istana, KL bagi meraikan 2 pasangan Master Shaklee. Meriah majlis mereka ala2 pengantin baru gitu. Kami punya majlis dah lama lepas, pada Mei 2014. Hehe
Event tu tak abis lagi, tapi kami terpaksa gerak ke Kangar dalam jam 5 petang sebab esok paginya nak siap2 dan berkumpul kat Caltex Wang Kelian sebelum gerak masuk ke Thailand.
Hotel De Mesra Villa (RM90 semalam) |
Lupa nak bgtau yang trip kali ni, Nad bawa skali Ummi Nad & Adik no 3 (Hatima) sebagai peneman kami. Sebab Ummi Nad jarang sangat travel & Nad nak bagi dia rehat dengan bawa trip ke Krabi ni.
KOS Day 1:-
1. Tol : RM80
2. Minyak : RM100
3. Makan Minum : RM40
4. Hotel : RM180 (2 bilik)
Hari Kedua (17 Dec 2017)
Wang Kelian - Border sebelum masuk Thailand |
Nak lalu Imigresen Malaysia |
Bergambar di Imigresen Thailand utk Cop Passport |
Di Imigresen Thailand, kena parking kereta, semua orang kena turun dan beratur.
Kena sign Arrival & Departure Form warna putih (kena beli beforehand kat agent. RM5 untuk 1 orang). Kepilkan form putih tu dalam passport setiap orang mengikut nama.
Untuk geran kereta pun sama RM 10 untuk 1 kereta. Jadi 7 orang dalam kereta + kereta = RM 80. Sediakan duit RM 10 x 8 keping.
Mula-mula beratur macam dalam gambar ni untuk cop passport.
Lepastu, driver kena beratur belah dalam bersama geran kereta asal / copy geran kereta yang telah di cop di balai polis Malaysia.
Memandangkan, kami ni 1st time nak masuk Thailand. Pi letak RM10 kat setiap passport. Sepatutnya hanya 1 passport sahaja. Haha. Kayo la pakcik tu sebab dapat lebih RM70 dari kami. Tak pe, next time kami dah pandai. Hehe
Restoran pertama kami |
So kita letak Ziyani dalam hammock ni. Lepas-lepastu dia macam claim hammock ni dia punya. Tak kasi orang duduk sini 😅 |
Telekung dan sejadah ada disediakan. Cuma lebih selesa kalau pakai sendiri punya.
Menu lunch kami diorder oleh Encik Gajah. Makan nasi putih & 3 jenis lauk (Tomyam seafood, Sambal Udang Petai, Paprik Ayam) + 6 gelas air + 4 mangkuk ais krem kelapa (ais krem ni memang sedap giler!).
Menu lunch kami. |
Kami rehat kat sini lebih kurang 1.5 jam sebab makanan lambat sampai & tunggu orang solat.
Anak dara dengan Hammock |
Suasana kanak2 bermain pasir |
Habis rambut ziyani penuh dengan pasir |
Abg Ziyad sibuk nak tangkap ikan |
Akhirnya, berjaya juga dapat ikan dengan pertolongan abi. |
Bergambar di Pak Bara View Point. 4 orang driver xde dalam gambar |
Nak bergambar pun terpaksa amik masa sebab nak kawal situasi. haha |
Kami semua parking kereta dalam 15 minit untuk bergambar sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh. Ada kat 3 jam lagi masa tu nak sampai krabi. Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang gitu.
Sebelum kami gerak terus ke Krabi, ada kawan bagitau nak tukar simkad internet sebab mahal kalo nak roaming kat oversea (walaupun sebelah malaysia). Jadi, kami pun singgah kat 1 kedai hp brand oppo dan beli la 3 sim kad dtac dengan harga 200 baht sahaja (dtac ni macam celcom kat M'sia).
Internet dia memang best sebab unlimited (Guna sampai abis bateri hp :) ). Tapi cuma boleh pakai 7 hari (seminggu jer). Ok sangat bagi kami yang memang plan duk seminggu jer kat thailand ni. Hehe
Dah setel semua beli sim kad, baru lah perjalanan betul2 bermula. (banyak betul pit stop kan?) Hehe.
Lebih kurang 2 jam perjalanan gitu, tiba2 ketua rombongan kami bagi signal berhenti kat tepi jalan yang ada jual nenas2 ni. Dia bagitau, rugi kalo x beli nenas ni. Dah la murah, manis plak tu.
Gerai Nenas |
Sebiji 3 Baht. Size kecik |
Sebiji 10 Baht |
Abg Zai belanja kami. 40 baht utk 4 biji. Memang manis rasanya. |
Kami semua pun sepakat berhenti sekali lagi & memborong buah nenas. Selepas dah siap membeli nenas, dengan muka happy sambung drive sambil menjamah buah nenas yang lemak manis rasanya. Nyum2.
Lebih kurang jam 6 petang, kami tiba di hotel kami. Nama hotel kami ialah Doutang Anda Hotel. Kira2 20 minit dari pantai Ao Nang (pusat pelancongan). Rate hotel ni murah gak, dalam RM100++ gitu semalaman utk 2 katil queen. Kami bukan 2 bulan awal. Bilik yang kami dapat memang luas dan selesa buat kami ni.
Inilah rupa bilik kami utk 3 malam |
Anak dara dah choop siap2 tempat tidur. |
Anak2 sebenarnya tak perasan lagi yang hotel ni ada playground + swimming pool kat depan pintu masuk tadi sebab waktu kami sampai tu, dah magrib. Jadi, cepat2 suruh depa pi masuk bilik & mandi kat toilet tu jer. Sebab ketua rombongan dah pesan siap2 kena solat dulu sebelum nak keluar dinner.
Dalam jam 8 malam waktu thailand, kami semua keluar semula ke area pantai Ao Nang untuk cari dinner. Tapi kami tak makan banyak sebab badan dah kepenatan + nasi tghari tadi masih tak hadam lagi. Plus dengan buah nenas yang makan dalam kete lagi. Memang kerja kami ni makan jer. Hehe
Gerai makan kami malam tu. Tepi jalan jer. Tapi meriah sebab bole cakap melayu. |
Pulut Mangga. 50 baht |
Banana Pancake with Nutella. 35 baht. Sedappp! Makan panas-panas. |
Ni pun Banana Pancake tapi original punya. Dia letak susu cair dan gula kat atas. Sedap tapi manis. 25 Baht |
Sesudah makan, kami plan nak ronda kat pantai Ao Nang tapi anak2 dah kepenatan & mula meragam. Jadi, kami decide terus balik ke hotel, berpisah sekejap dengan group kami.
KOS Day 2:-
1. Kos Imigresen Thailand : RM80 (silap sendiri)
2. Makan Lunch kat Nava Beach : 850 baht (RM 105)
3. Hotel 3 Malam : RM100++ (semalaman)
4. Dinner : 250 baht (Rm 31)
Nantikan lagi entri seterusnya untuk part 2 yer :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)