4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan

4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan
4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan

Tahukah anda bahawa secara purata, badan kita menghasilkan 0.5 Liter gas kentut setiap hari? Ini menurut kajian yang dibuat :)

Maksud kentut mengikut kamus ialah angin yang keluar menerusi dubur / anus. Ia boleh berlaku dengan secara sengaja dan tidak sengaja.

Antara reaksi kita apabila berhadapan dengan situasi kentut ialah boleh jadi kelakar, "menjijikkan", atau pura-pura bukan kita yang kentut (cover line).

Bagaimana pula apabila kita kentut secara luar biasa? Maksud Amir ialah banyak kali kentut dalam sehari dan kadang-kala bunyinya begitu menarik perhatian orang lain.

Menurut Dr Patricia Raymond yang merupakan doktor dan ahli American College of Gastroenterology telah menerangkan kepada Refinery29/MSN tentang mengapa ada hari tertentu kuantiti kentut kita banyak dari biasa.

4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk

#1: Terlalu banyak angin dalam badan

4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan
Terlalu banyak angin dalam badan

Terdapat dua sumber utama angin kentut kita:

1. Angin yang dihasilkan oleh usus besar kita
2. Angin yang kita telan yang akan melalui saluran penghadaman. Angin udara yang kita telan itu akan menghasilkan kentut yang tiada bau. Ia boleh masuk ke dalam badan kita apabila makan terlalu cepat, mengunyah chewing gum atau minum banyak air karbonat bergas. 

#2: Amalan pemakanan yang tidak sihat
4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan

Amalan pemakanan yang tidak sihat adalah salah satu punca kenapa kentut busuk.

Tetapi ada sedikit kontra. Makanan seperti petai, bawang, brokoli atau kobis juga turut menyumbang kepada kentut kita yang busuk. Usah risau kalo makan sayur-sayuran seperti ini sebab sebenarnya ia membantu melawaskan usus kita yang sebelum ini kita dah makan macam-macam benda. Jadi, ia bersifat sementara sahaja :)

#3: Penyerapan nutrien dalam usus

Ini pula berkaitan dengan kentut yang tiada bunyi tapi ‘membunuh’ deria hidung kita. Kentut yang berbau sangat busuk ini terjadi apabila badan kita mempunyai masalah untuk menyerap nutrien tertentu, terutama gula dari karbohidrat dan diikuti oleh lactose.

#4: Berada di dalam penerbangan

4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan

Apabila kita berada di dalam penerbangan juga boleh menyebabkan perut kita tidak selesa.

Kajian menunjukkan semakin tinggi altitude, semakin menyebabkan gas dalam badan kita mengembang. Keadaan itu akan menyebabkan badan kita alami kembung dan akhirnya kembung perut.

So, kalau rasa kembung perut masa dalam flight, itu normal :)

Adakah anda banyak angin dalam badan, kerap kentut dan berbau busuk?

4 Sebab Anda Kerap Kentut Busuk & Cara Mengatasi Angin Dalam Badan
Perlu jumpa dengan doktor jika masalah semakin serius.

Walaupun kuantiti dan ‘kualiti’ kentut kita berbeza setiap hari, Dr. Raymond menyatakan pendapatnya, jika berlaku kekerapan kentut dan kembung yang disusuli rasa sakit atau ada simptom lain seperti cirit-birit atau sembelit, kita wajar bertemu dengan doktor. Ini kerana ada simptom penyakit yang dikaitkan dengan pengeluaran angin kentut berlebihan dan berbau busuk seperti IBS dan Celiac Disease.

Bagaimana Cara Mengatasi Angin dalam Badan?

Atasi angin dalam badan dengan Herblax & Peppermint Ginger Plus


Amalkan Peppermint-Ginger Plus sebanyak 3 biji selepas makan, Peppermint ini sesuai untuk melegakan perut kembung dan juga 3 biji Herblax sebelum tidur dimana ia membantu untuk "mencuci" usus kita supaya menjadi sihat.


Baca juga di link di bawah:

Kebaikan Peppermint-Ginger Plus
Apa itu Peppermint-Ginger Plus
Testimoni Herblax Shaklee Untuk Penghadaman


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi kami:

Nad : 012-2295680 / Amir : 012-2372641

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih. Kalau ibu menyusu, herblax tu boleh ganti dengan apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ibu menyusu boleh try herblax tapi tengok respon anak. If rasa belum sesuai lagi boleh ambil Alfalfa :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)