Majlis Tunang Adik Ipar Nad

Assalamualaikum semua, macam mana dengan weekend lepas?

Apa aktiviti korang?

Pada hari sabtu lepas, Nad tolong Family Encik Gajah di rumah Mak Mertua sebab ada majlis tunang Adik Ipar, Izzaty di Bangi. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir dekat 200 orang juga.

Tunang Izzaty ni nama Farid, asal Kuala Terengganu, tapi majoriti family dia duduk kat area KL. Itu yang jadi meriah masa majlis tunang tu. Boleh kata dekat 50 orang juga la ahli family mereka datang.

Bapa Tunang Izzaty tengah perkenalkan ahli keluarga mereka
Belah Encik Gajah pun ramai juga datang sebab adik beradik Mak Mertua ada 13 orang Adik Beradik. Kira half yang dapat dapat datang. Campur dengan sepupu2 Encik Gajah, ada kat 50 orang juga semuanya. Dan selebihnya adalah jiran tetangga & kawan2 Izzaty.

Bergambar dengan Adik Ipar, Izzaty
Ini lah keluarga Encik Gajah

Majlis tunang ni bermula jam 10.30 pagi dan habis dalam pukul 3 petang gitu. Menu yang dihidangkan ialah Nasi Putih, Daging Salai Masak Lemak Cili Api (Pedas), Ayam Goreng Berempah, Sayur, Ulam & Sambal Belacan.

Dan menu tambahan ialah Mee Rebus dari pakcik Asri. Mee rebus ni memang sedap tapi Nad tak boleh makan banyak sangat. Hehe

Sori la yer sebab takde gambar makanan sebab tak sempat nak amik. Busy jaga anak bujang Az Ziyad yang meragam skit sebab nak dekat Busu Ty dia (Izzaty).
Anak dara dengan Abinya
Pegang baby sepupu Encik Gajah berusia 3 bulan
Selesai jer majlis tunang tu, kami pun terus rehat kat bilik sebab kepenatan. Yang Abg Ziyad plak rajin tolong Tok Wan kemas kerusi. Abg Zahin plak sibuk dengan computer lepas kawan2 dah balik.
Abg Ziyad tolong susun kerusi selepas majlis
Ni kira kisah hari Sabtu lepas..dan hari Ahadnya pula, kami hadir ke Majlis Besday kawan Nad, Master Nana & Master Firdaus di Sri Rampai, KL. Nanti Nad share di next post pulak yer.


Post a Comment

0 Comments