Punca utama penyakit diabetes adalah dari tabiat pemakanan. |
Amir kongsikan laporan statistik mengenai pesakit diabetes dari tahun 2015 sehingga 2017. Angka yang ditunjukkan adalah sangat menakutkan sebab boleh kata 1 daripada 7 rakyat Malaysia.
1 dalam 7 orang dewasa adalah penghidap diabetes |
Jumlah pesakit diabetes mengikut umur 2015 |
Apa yang lebih memeranjatkan adalah separuh daripada jumlah 3.5 juta pesakit ini (9.2%) tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit tersebut.
Sayangnya, ramai yang tidak menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga ia menjadi kronik dan mempunyai komplikasi jangka panjang.
Amir kongsikan juga 2 jenis penyakit diabetes yang utama :
Diabetes jenis 1 : Diabetes ini memerlukan insulin sejurus selepas diabetes dikesan dan individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya.
Diabetes jenis 2 : Memerlukan rawatan ubat-ubatan pada peringkat awal untuk mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar dikawal oleh rawatan oral.
Apakah Tanda Dan Gejala diabetes?
Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.Tanda dan gejala diabetes adalah :
- Kerap membuang air kecil (Polyuria)
- Cepat penat dan lemah sepanjang masa
- Kerap dahaga (Polydipsia)
- Penglihatan kabur
- Kerap lapar (Polyphagia)
- Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki
- Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
- Luka lambat sembuh
- Berat badan turun mendadak
- Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
Kesimpulannya
Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.
Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal, gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.
Terima kasih kepada para pembaca kerana sudi baca sampai habis artikel yang amir kongsikan ini. Jum sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat bersama gaya pemakanan yang betul.
Mencegah itu lebih baik dari Merawat
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)