Alhamdulillah dah 5 bulan dah Nad bergigi besi. Jadi, dah 5 kali juga Nad tukar getah braces :D Yup kita kena pergi checkup setiap bulan once dah pakai braces ni. Kalau malas-malas nak pergi klinik, lambat lah progress gigi kita tu kan. So nak taknak kena disiplin. So idok ler kita pakai braces tu bertahun-tahun lamanya.
Kali ni Nad akan share apa yang dilakukan oleh Dentist ketika monthly checkup ni. Ni applicable untuk yang pakai Traditional Braces macam Nad je tau.
Baca sini untuk tahu apa beza jenis braces ye.
1. Tukar Getah Braces
Setiap kali pergi checkup, memang Dentist akan tukar getah braces ataupun dalam english nama dia O RING.Inilah rupa getah sebelum pasang kat braces kita. Kecik cinonet ja :D Kita boleh pilih nak warna apa. |
So warna apa yang Nad dah torai? Hehe. Dah banyak warna dah. Ni dah 5 bulan pun kena ingat-ingat balik warna apa. So marilah kita scroll balik dalam Gallery henpon. Hihi.
Sebenarnya jarang nak bergambar nampak gigi ni. Nak-nak pulak bila pakai braces. Gambar mungkin ambil tapi tak / jarang sangat upload pun kat mana-mana. Biasanya Nad akan upload gambar tutup mulut. Tapi untuk tujuan dokumentasi (haha) / kenangan Nad / reference anda, maka marilah tengok gambar yang tak berapa nak ditimbulkan ini :D
First time pakai pada Januari 2018 - Getah braces warna Silver. Klik gambar untuk baca pengalaman pertama Nad pasang braces |
Februari 2018 - Getah braces warna Mint Green |
Mac 2018 - Getah braces warna Dark Purple |
April 2018 - Getah braces warna Dark Blue Metallic. Hat ni macam paling terang ja haha. Nasib baik pakai 3 minggu je :P |
Mei 2018 - Getah braces warna Light Purple. Tak obvoius sangat kan? Hehe. |
Untuk bulan ni, baru semalam Nad pergi tukar getah. Warna silver balik macam mula-mula pakai braces.
So yang mana Nad paling suka?
Setakat ni Nad paling suka Light Purple. Sebab tak obvious sangat warna dia. Kalau tengok depan-depan pun soft je warna dia. Dia macam masuk dengan warna besi braces tu :)
Apa rasa lepas tukar getah?
Kalau tukar getah O Ring ni saja, rasa ketat sikit je kat gigi masa baru lepas buat tu. Lepas-lepastu tak sakit pun.
Apa lagi dibuat masa pergi jumpa Dentist bulan-bulan selain tukar getah?
Selain tukar getah, kadang-kadang akan buat perkara di bawah ini (depends on keadaan gigi kita):
2. Tukar Wire Braces
Yang ni Dentist akan buat based on keperluan. Kalau lepas tukar wire ni memang agak sakit beberapa hari. Mungkin hampir seminggu.3. Pasang Metal Band
Benda ni bukan buat selalu. Tapi sebab first time pasang braces, Dentist tak bubuh lagi benda ni. Next month baru pasang sebelah. Pastu next-next month baru pasang lagi sebelah. Dua-dua pasang kat gigi geraham bawah. Rasanya benda ni depends. Lain orang lain keperluan kot. Tapi ia tidak ditukar selalu. Once duk situ dia akan berada di situ.
4. Pasang Power Chain
Power chain ni akan merapatkan lagi gigi dengan kuasa yang lebih. Sebab tu dia nama POWER haha. |
Ini pun depends. Kalau pasang Power Chain ni, sama sakit macam tukar wire. Tapi sakit kat tempat pasang tu je. Dia bukan pasang kat semua gigi. Dentist akan pasang kat mana perlu. Macam Nad, Dentist pasang kat geraham atas bawah setakat ni. Yess rasa dia memang umphhh untuk mula-mula pasang. Haha. Memang tengah tahan sakit ni. Tapi sabar je sebab sakit tu means gigi tengah gerak :)
Overall process dia, boleh tengok kat video ni ya. Video ni kualiti kurang sikit tapi penerangan dia bagus.
Ok setakat tu saja buat masa ni sharing Nad. Moga bermanfaat. Ada masa Nad share lagi ek. InshaAllah.
Thanks for reading!
Love,
nadxoxo
11 Comments
Ada muka mama Ziyani skali interpremmm��
ReplyDeleteHehe sekali ngan anak-anak Mama juga :)
DeleteNnt nad share tentang penjagaan dan kebersihan bila guna braces lak
ReplyDeleteMenarik tu. Kebetulan memang nak shar tentang scaling masa pakai braces. Thanks Put!
Deletegood sharing..
ReplyDeletesalam kenal dari www.umifuzy.com
Hai nk tnya setiap bulan prgi follow up selain yg kita byar bulan tu ada lgi tk byran tmbahan lain ?
ReplyDeleteHanya bayar ansuran sahaja. Kalau ada buat extra macam scaling, kena bayar yang itu.
DeleteSalam sis nak tnya, sis pakai warna2 lembut tu ok ke? Warna silver dgn purple tu ok ke? Cth kalau makan benda berkunyit tu tak turun ke warna dia? Sbb saya pakai warna biru. Makan berkunyit jadi warna hijau 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah, so far ok jer. Hehe
DeleteSalaam sis...kalau getah braces trcabut MCM mane ,ye?
ReplyDeleteSalam nak tanya,if saya pakai Demon opp tak payah datang boleh ke?
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)