January 08, 2018

Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama

Assalamualaikum semua!

Thanks for your positive responds towards my new journey, BRACES WORLD. InshaAllah I'll keep sharing supaya jika anda sedang berfikir-fikir tentang nak pakai braces, ia dapat bantu anda buat keputusan :)

Dalam entry ni, Nad akan share

1. Total harga dan Nama klinik yang Nad buat braces
2. Proses yang dilalui untuk pemasangan braces
3. Tips pemasangan braces kali pertama :)


So, let's get started!

DI MANA NAD BUAT BRACES & BERAPA HARGANYA?

Setelah buat survey, Nad decide untuk buat braces di Klinik Pergigian Kajang Prima. Klinik ni klinik yang sama dengan tempat adik ipar Nad buat braces.

Harga pasang braces kat situ ialah RM 4.9K all in.
Termasuk X-Ray.
Deposit: RM 1K
Bulanan: RM 200

Alamat: No. 3, Jalan KP 1/3, Taman Kajang Prima, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor
Phone: 03-87391411 / 016-3235800

Klinik Pergigian Kajang Prima - Alamat dan Nombor Telefon

Klinik Pergigian Kajang Prima

Klinik Pergigian Kajang Prima - Waktu Operasi


Nad pilih Klinik Pergigian Kajang Prima sebab:
1. Murah
2. Tak perlu X-Ray tempat lain
3. Tak jauh sangat kalau nak pergi appointment bulanan. 15-20 mins dari rumah Nad
4. Adik ipar dah buat kat sini dan dah cabut dah pun braces. So proven inshaAllah :)


PROSES PEMASANGAN BRACES (DI KLINIK PERGIGIAN KAJANG PRIMA)

So, first Nad call mereka untuk buat appointment. Nad call pada 2 Januari 2018 untuk set appointment pada 3 Januari 2018. (I thought first appointment ni untuk ambil impression dan X-Ray je ke..hehe. Sekali.... sila baca lagi. Haha)

So 10 pagi kami sampai. Tunggu sat, dan nama Nad dipanggil. Doctor comel namanya Dr. Izzati. Macam kawan Nad nama Siera. Hihi.

Beliau tanya datang untuk apa? Nad cakap nak pasang braces. Doktor tanya kenapa nak pasang braces? Nad terangkan tentang gigi geraham Nad yang tumbuh ke arah lidah, so sometimes luka lidah tu. Dan gigi taring atas Nad yang jauh dari tempat yang sepatutnya, yang selalu kena tanduk dengan Ziyad. Haha.

So, dia ok. Belah bawah ok sebab ada 2 geraham dah takde. Haha. Belah atas pulak doktor cakap kita cuba tak buang apa-apa gigi dulu, and we'll see how later. Paling-paling pun mungkin akan kuruskan satu gigi untuk beri laluan.

Patutnya kena buat scaling (cuci gigi) masa ni tapi Nad baru je buat scaling beberapa bulan lepas so tak perlu buat dah.



STEP 1: IMPRESSION

Mula-mula doktor akan ambil arca gigi (impression), bawah dan atas, one at a time.

Ada satu tray yang boleh muat masuk mulut, then doktor letak cecair yang likat letak atas tray tu, dan masukkan dalam mulut dan tekan-tekan sikit dekat gigi kita. Dalam tak sampai satu minit benda tu dah keras dan jadilah bentuk gigi kita :)

Inilah yang dimasukkan dalam mulut kita tu, maka terbentuklah gigi macam gambar ni.


Tips: Sebelum doktor masukkan dalam mulut tu, tarik nafas dulu sebab ada orang rasa nak muntah sebab rasa macam nak sampai ke tekak. Tapi Nad rasa ok je mungkin sebab dah bersedia dan bagitahu minda bahawa tak akan muntah, semua akan ok. Hehe.


Doktor sedang ambil Impression Nad untuk gigi belah atas
Dan inilah hasilnya. Teruk kan gigi Nad? Haha.

Proses Pemasangan Braces - Impression

Bila dah selesai buat impression tu, kita boleh keluar jap ke toilet untuk bersihkan sisa-sisa yang terlebih kat mulut atau muka kita.



STEP 2: X-RAY

Then Nad dipanggil masuk untuk X-Ray pula.

Dalam bilik X-Ray, kena buka tudung, rantai, gelang. Nad tak pakai anting-anting so Nad kurang pasti. Rasanya kena bukak jugak.

Tips: Pakai tudung yang mudah buka dan pakai balik. So proses tu lancar je :)

Ada 2 kali kena X-Ray berturut-turut. Satu untuk muka, satu untuk gigi. Kat sini boleh nampak struktur gigi, dan kalau ada gigi geraham bongsu pun boleh nampak. Dari sini baru Nad sedar yang sebenarnya Nad ada 2 gigi geraham bongsu belah bawah. Ingatkan satu ja. Hihi.

Proses Pemasangan Braces -X-Ray

Proses Pemasangan Braces -X-Ray

Sekejap je buat X-Ray ni. Kena tutup mata masa dia tengah scan. Macam kat klinik ni canggih siap machine tu kasi arahan dan ada music hehe. Nad rasa servis ni la yang mahal. Sebab tu tak semua Klinik Gigi ada.



STEP 3: PASANG BRACES!

Lepas siap X-Ray, tunggu kat luar jap. Tak lama lepas tu staff dia tanya nak pasang harini ke?

Nad macam, boleh ke? Dia kata boleh. Cuma ready kan deposit RM 1K jelah. Nad kata, ha ok lah, proceed je. Hihi.

Gambar husband tak sempat ambik masa Nad sedang dipasang braces. Boleh tengok video ni untuk tahu apa steps yang dilakukan:


Tips: Sebelum proses ni, sila pakai lip balm banyak-banyak sebab proses ni lama. Boleh kering bibir dan lenguh rahang ;)

Kita diminta pilih warna getah untuk braces kita. As for Nad, Nad pilih warna Silver sebab taknak nampak colourful sangat. Maybe next time kot cuba kaler lain pulak. Hihi.

After dah siap, kita diberi cermin untuk kita tengok gigi kita yang baru :)

Then kita diberitahu nama-nama komponen di braces tu seperti bracket, wire, dan O ring (getah kaler-kaler tu).

Doktor brief makanan apa yang boleh dimakan, apa yang tak boleh dimakan. Basically macam kacang memang tak boleh.

As for permulaan ni pilih yang lembut-lembut je sebab memang literally kita 'tak dapat guna' gigi buat sementara waktu ni sebab sakit bila gigit. Nanti Nad share di entry lain makanan apa yang sesuai dan yang tak sesuai k.

Doktor ajar cara gosok gigi with braces juga macam dalam video tu :)

Nad diberi juga wax untuk letak kat tempat yang rasa tajam. Dan gel untuk letak kat ulcers jika ada.

Tips: Terus bagitahu doktor if ada rasa tajam kat hujung wire so that dia boleh tolong snip-snip kan :)

Baru lepas pasang braces kali pertama :) 3 Januari 2018
Dan inilah hasilnya :)

Then di kaunter, kita juga akan diberi painkiller. Boleh ambil masa rasa sakit. Sebelum tidur juga recommended ambil sebab gigi akan bergerak masa kita tidur :)

Kalau nak tanya apa-apa boleh komen je ye.

Thanks for reading!


Boleh juga baca tentang hukum, jenis, dan harga-harga braces di sini.


Love,
Nadxoxo

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...