Nad's Braces Journey - Before Decide Pakai Braces - Hukum, Jenis, dan Harga Braces

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah satu impian Nad untuk tahun 2018 ni dah tercapai semalam, iaitu pakai braces! Baru 3 hari dalam 2018 tapi Allah dah tunaikan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :') So, don't be afraid to dream. Dream big, minta kat Allah. Buat Vision Board (VB), or tulis dalam Buku Impian ok?

Kelmarin Nad call Dentist untuk set appointment. Ingatkan tak terus pasang tau. Sebab apa yang Nad baca ada steps dia. Tapi Nad dah study dah semua tentang braces. Kiranya dah bersedia lah. Cuma tak expect secepat itu sebab semua proses boleh siap dalam satu hari je. Allah's plan is the Greatest!
Sebelum tu, Nad share apa yang Nad lalui before decide nak pakai braces.

SEBELUM DECIDE NAK PAKAI BRACES


Hukum, Jenis, dan Harga Braces
Hukum, Jenis, dan Harga Braces

Hukum Memakai Braces Dalam Islam


Firstly Nad study dulu apa hukum pakai braces. Kesimpulan yang Nad dapat, kalau niat semata nak cantik, tak boleh. Tapi kalau sebab kesihatan atau memalukan, ia digalakkan.

Dan adik ipar Nad baru je buka braces dia bulan Oktober 2017. Dia 4 tahun pakai braces. Umur dia muda 8 tahun dari Nad. So Nad ada tanya-tanya jugak lah tentang braces kat dia.

Dulu-dulu ada gak terfikir nak pakai braces ni, tapi tak cukup kuat push factor. So macam nak saja, tapi tak usaha. Lepastu tak rasa sakit ke apa atau memalukan sangat.

Until bila dah ada anak ni, kadang-kadang anak tertanduk gigi taring Nad yang duduk atas dari sepatutnya ni. Haha. Sakit tau! Sampai ulcer. Mengganggu percakapan. Haritu kebetulan pulak kena masa gathering team tahun 2016. Of course lah kena gak bercakap walaupun ulcer. So sabar jelah kan. Haha.

Then Nad jugak ada gigi geraham bawah yang tumbuh ke tepi, almost macam melintang gitu. So lately ni dia agak mengganggu lidah Nad. Dan Nad perasan Nad actually struggling to pronounce the right makhraj bila baca Al-Quran atau solat disebabkan keadaan gigi Nad ni.

So now I think I found a strong reason to wear braces. So, Nad study dulu tentang braces.

Jenis-jenis dan Harga Braces


Dari pembacaan Nad, braces ada 3 jenis:

1. Traditional system
Yang ni yang selalu orang pakai. Ada getah kaler-kaler keliling bracket. Tapi bracket dia ada jenis. Metal atau ceramic (clear braces). Yang clear braces mahal sikit.

Traditional Braces

2. Damon System
Claimed as lebih tak sakit, lebih cepat masa diambil untuk gigi jadi elok, dan of course lagi mahal. Hehe. Tak ada kaler-kaler. Bracket boleh jadi metal atau ceramic (clear braces).

Damon Braces

3. Invisalign
Tak ada besi-besi braket macam dua jenis di atas ni tapi dia macam pakai acuan gigi yang clear. Orang tak perasan pun kita pakai braces jenis ni. Boleh bukak dan pakai sesuka hati. Kalau anda jenis tak disiplin, jangan ambik yang ni. Hehe. Harga lebih mahal.

Invisalign

What to Expect Bila Pakai Braces


Yang ni pun Nad study supaya I am mentally-prepared. So Nad tengok Youtube sorang ni banyak share tentang pengalaman dia pakai braces, tips and tricks. Boleh tengok Youtube Emma Louise.

Survey Dentist


Nad decide untuk ambil Damon punya. So Nad survey harga Dentist area Bangi. Tapi unfortunately rupanya tak ramai yang boleh buat Damon ni. Kalau ada pun memang mahal. Yang Nad survey, RM 11,000 - 12,000 di Dental Valet Seksyen 8 Bangi. Ada jugak dengar yang RM 7,000.

Lepastu tak ramai yang ada mesin X-Ray kat tempat tu. So kena pergi tempat lain pula untuk X-Ray.

Then Nad try tanya kat Dentist yang buat braces adik ipar Nad. Dia buat yang Traditional punya, harga RM 4,900 (deposit RM 1,000). Kalau clear punya RM 6,000 (deposit RM 1,5000). So Nad ambil yang biasanya punya RM 4,900.

Baca: Nad's Braces Journey - Pengalaman Pasang Braces Kali Pertama


Love,
Nadxoxo

Post a Comment

13 Comments

  1. Salam kak nad, kalau kena cabut gigi tu harga lain pulak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sarah, harga tu including dah. Tak perlu bayar lebih.

      Delete
  2. Salam nad, nak tny clear yg harga 6k tu maksud u damon clear ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt. Betul. Tapi better call dulu klinik tu mana tahu kut ada perubahan ke kan :)

      Delete
  3. Blh tau x nm klinik yg awk buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di https://www.sihatcomelceria.com/2018/01/pengalaman-pasang-braces-kali-pertama.html

      Delete
  4. Thankss akak, good sharing. Sngt brmnfaat and mmbntu!😊

    ReplyDelete
  5. Kalau ada gigi susu boleh pakai braces tak ? atau kena tunggu tumbuh semua gigi kekal dulu ?

    ReplyDelete
  6. Kalau ada gigi susu boleh pakai braces tak ? atau kena tunggu tumbuh semua gigi kekal dulu ?

    ReplyDelete
  7. great job on the braces and hanging in there at dentist northeast philadelphia

    ReplyDelete
  8. even better at dentist northeast philadelphia smiles come out beautiful like yours

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)