June 14, 2017

Produk Shaklee Selamat Atau Tidak?

Produk Shaklee Selamat Atau Tidak?


Apabila kita nak amalkan sesuatu makanan tambahan atau supplement, sudah tentu kita selidiki terlebih dahulu adakah ianya selamat atau tidak.

Produk makanan tambahan yang tidak selamat sudah tentu mengundang bahaya, bukannya menambahbaik kesihatan kita!

Benar, tidak semua makanan tambahan selamat!

Jadi, kembali kepada persoalan kita,

Produk Shaklee Selamat Atau Tidak?

-poster-

Baiklah, untuk menjawab soalan ini, marilah kita kaji terlebih dahulu apa itu Shaklee.



Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah Shaklee bermula sekitar 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi #1 di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.


Produk Shaklee Selamat?

Keselamatan dan Standard Shaklee Tiada Tandingan!


Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat.

Shaklee telah melaburkan lebih USD 250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Setiap tahun, Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk, serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan.

Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk pesaing.

Shaklee bekerjasama dengan Ahli Toksikologi untuk mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee sentiasa mengemaskini senarai ini untuk memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.


TIADA Bahan Tiruan:
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans

TIADA Bahan Kimia:
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida


Produk Shaklee Ada Kajian?


Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.


PERTAMA: LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KAJIAN SAINTIFIK DITERBITKAN

Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.

KEDUA: KAJIAN TELOMERE

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa suplemen.

KETIGA: PATEN SHAKLEE

Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..

KEEMPAT: SISTEM PELEPASAN BERPATEN

Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.

Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

Shaklee terus menerajui dengan Inovasi Produk Hebat


Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari peluang dari sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.

Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 Saintis yang berpusat di perbandaran Pleasanton.

"Inovasi dan sains adalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat." - ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation.

Produk Shaklee Berkesan?


Landmark Study: Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shakle

Satu Kajian Penanda Aras


Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee adalah kajian perintis tentang penggunaan suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa: mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil makanan tambahan sama sekali.

Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee (Shaklee Dietary Supplement Study) adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. Sila klik
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30 untuk maklumat lanjut.

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini.

  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi pemakanan seharian dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

... dan keputusannya amat Mengagumkan!

  • Tahap Nutrien Darah yang Baik
  • Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung yang Baik
  • Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
  • Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi

PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI:
  • Risiko Penyakit Jantung Lebih Rendah
  • 11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
  • 33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
  • Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung Lebih Rendah
  • 36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
  • Risiko Penyakit Jantung, Kanser, Kencing Manis Lebih Rendah
  • 59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih Rendah
  • 39% Risiko Peningkatan Tekanan Darah Lebih Rendah
  • 73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah



MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

June 13, 2017

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee


Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem!

Hari ini kami nak share bagaimana cara semak kelulusan KKM produk-produk Shaklee.

Ada beberapa langkah untuk semak kelulusan KKM produk-produk Shaklee.

LANGKAH 1:

Klik link http://npra.moh.gov.my/. Anda akan tiba ke laman web ini:

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

LANGKAH 2:

Klik pada button QUEST PRODUCTS SEARCH


Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

Anda akan tiba ke laman web ini:

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

LANGKAH 3:

Scroll ke bawah sedikit sehingga berjumpa:

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee

LANGKAH 4:

Pilih search by Product Registration Number dan masukkan nombor pendaftaran KKM produk yang anda ingini.

Sebagai contoh, kami masukkan nombor pendaftaran KKM Sustain Released Vita C iaitu MAL13085068NC:

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shakle

Maka akan keluar keputusan berikut:

Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shakle


Itu saja langkah-langkahnya. Mudah sahaja kan?


Untuk melihat senarai nombor pendaftaran KKM produk-produk Shaklee, boleh klik di sini.

Moga bermanfaat!


012 229 5680 
Nadiah Suhaidi 
Your Certified Shaklee Product Trainer :) 
COD Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengeposan ke seluruh Malaysia

June 12, 2017

Sijil HALAL Shaklee 2017

Assalamualaikum.

Ada juga customer yang bertanya, Shaklee ni HALAL ke tak?

Nak tahu HALAL ke tak, boleh tengok sini:

Sijil HALAL Shaklee 2017


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Alhamdulillah, Shaklee ialah dari produk yang HALAL. Kalau tak HALAL, Nad pun taknak makan :)

So, usahlah was-was lagi. Consume with confidence!

Nadiah Suhaidi
012-229 5680
COD Bandar Baru Bangi

June 11, 2017

Senarai Nombor Pendaftaran KKM Produk Shaklee

Senarai Nombor Pendaftaran KKM Produk Shaklee


SENARAI SUPPLEMENT SHAKLEE & NOMBOR PENDAFTARAN KKM


1. Alfalfa Complex: MAL10053686XC
2. B Complex: MAL12035068NCZ
3. Carotomax: MAL11125035NC
4. DTX Complex: MAL07090948TC
5. Garlic Complex: MAL11080026TC
6. GLA Complex: MAL12035070NC
7. Herb-Lax: MAL10080110TC
8. Lecithin: MAL12015012NC
9. Omega Guard: MAL12015013NC
10. Ostematrix: MAL07081510XC
11. Peppermint Ginger: MAL11040031TC
12. Phytocol-ST: MAL13045016NC
13. Sustained Release Vita-C Plus: MAL13085068NC
14.Vita E Complex: MAL12075024NC
15. Vitalea Iron Formula: MAL07081506XC
16. Vitalea for Children: MAL13115143NC


Produk supplement berbentuk serbuk dan cecair seperti berikut tidak memerlukan pendaftaran KKM kerana ia di bawah kategori makanan:

1. Collagen Powder
2. ESP
3. Meal Shakes
4. Nutriferon
5. Performance Orange
6. Vivix
7. Cinch Tea Mix
8. Cinch Shake Mix


Bagaimana nak sahkan di KKM? Klik entry ini untuk Cara Semak Kelulusan KKM Produk Shaklee.


Bagaimana pula nak tahu yang produk shaklee ini benar-benar selamat diamalkan untuk jangkamasa panjang? InshaAllah akan kami kupas dalam Landmark Study.



012 229 5680 
Nadiah Suhaidi 
Your Certified Shaklee Product Trainer :) 
COD Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengeposan ke seluruh Malaysia

June 06, 2017

Testimoni Set Kecantikan Shaklee Untuk Kulit Jerawat

Assalamualaikum :)

Harini kami nak share Testimoni Set Kecantikan Shaklee.

Cikpuan ini mengamalkan Vita C dan Alfalfa selama seminggu.

Dan inilah perubahan beliau:


Vita C Shaklee ni lain dari yang lain sebab ianya Sustained Release. Maksudnya 500mg dalam 1 tablet tu tidak dilepaskan terus semuanya apabila kita makan. Tetapi dilepaskan 100mg setiap jam! Sebab badan kita cuma boleh serap 100mg Vitamin C sahaja dalam 1 masa. Next hour boleh serap another 100mg dan begitulah seterusnya.

Jadi kalau anda beli Vitamin C 1000mg sekalipun tetapi tiada Sustained Release ini, 100mg sahajalah yang diserap oleh badan anda. Lagi 900mg akan dibuang oleh tubuh dan masuk dalam air kencing. Tidakkah membazir tu? Nauzubillah.

Sebab itulah Vita C Shaklee memang sentiasa dicari-cari oleh mereka yang mementingkan kesihatan :) Beli yang 500mg, serap 500mg juga inshaAllah!


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



012 229 5680 
Nadiah Suhaidi 
Your Certified Shaklee Product Trainer :) 
COD Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...