Syair Doa Abu Nawas - Al I’tiraf


  Syair Doa Abu Nawas - Al I’tiraf
Syair Doa Abu Nawas - Al I’tiraf 

Abu Nawas adalah seorang pujangga berbangsa Arab yang merupakan salah seorang penyair terbesar sastera Arab klasik. Penyair ulung juga merupakan tokoh sufi mempunyai nama lengkap, iaitu Abu Ali Al Hasan bin Hani Al Hakami.

Beliau hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad (806-814 M). Ketika zaman itu, masyarakat mengenali Abu Nawas kerana kecerdasan dan kecerdikan dalam melontarkan kata-kata yang sarat dengan hikmah.

Antara karya beliau yang terbesar ialah Al-I’tiraaf (bermaksud sebuah pengakuan). Karya ini sering kita dengar di radio ataupun dinyanyikan semula dalam bentuk nasyid.

Wahai Tuhanku ! Aku bukanlah ahli surga, tapi aku tidak kuat dalam neraka Jahim.  
Maka berilah aku taubat (ampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa yang besar 
Dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan. 
Umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya. 
Wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu. 
Maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah yang berhak mengampuni. Jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?

Amir kongsikan video nasyid supaya mudah kita hafal. Jum sama-sama kita menghayati maksud doa ini supaya menjadi keinsafan kepada kita, hamba yang banyak dosa pada yang Maha Esa.




Post a Comment

0 Comments