January 11, 2019

Masterclass Content Bersama Bapa Viral Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammad

10 Januari 2019, Alhamdulillah Allah beri peluang untuk berguru dengan Bapa Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimin Muhammad. Kelas beliau di Bandar Baru Bangi je, dekat sangat dengan rumah. Encik Gajah hantarkan, yeay!

Encik Gajah hantarkan pergi kelas

Nad masa kerja dulu tak merasa Encik Gajah hantarkan ke pejabat. Almaklumlah isteri dia ni kerja di Cyberjaya. Dia pula di Kerteh. Masa tu tahun 2009. Tahun 2012, Nad mula bisnes dari rumah. Dan berjaya menterjebakkan suami sekali ke dunia bisnes. Dia resign. Tahun 2014, kami sama-sama buat bisnes. Kemudian dapat beli rumah dan duduk dekat rumah ibunya yang berjauhan dari Ayah masa tu.

Masa anak kecik, tak merasa pergi kelas offline sangat. Now dah anak-anak dah wean off dah masuk sekolah semua dapatlah merasa suami hantarkan ke kelas bisnes since kat Bangi je kan.


Seharian kelas dari pagi sampai petang. Banyak benda baru tahu dan ada yang mengejutkan dan menakutkan juga. Canggih sangat teknologi sekarang ni. Apa yang kita tulis dan search, memang di take note, dijadikan 'sumber' untuk mereka marketing. Yang menakutkan? Yang kita cakap tanpa buka telefon kita juga boleh di detect. Fuh. Ada pro dan cons nya.

Ok back to Content.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.