Terkejutkan Anak Tidak Bagus Untuk Perkembangan Mereka



Kadang-kadang kita ni bergurau tak kena gaya.

Konon nak gurau dengan anak, “Ha! Tengah buat apa tu?” 

Terkejut anak tu yang duk elok ralit berkarya. Konon comel lah tengok budak kecik terkejut kan.

Tahu tak benda tu tak bagus untuk attention span dia?

Bila kita buat anak terkejut masa dia tengah ralit buat sesuatu, kita sebenarnya MEMOTONG ATTENTION SPAN dia jadi pendek. Yang patutnya panjang lagi.

Ha, jangan nak stress lah kalau cikgu kata kat sekolah, anak kita boleh fokus kejap je cikgu ajar.

Sepatutnya, kalau kita tengok anak kita duk ralit tu, kita mungkin perlahan-lahan join dia buat aktiviti tersebut, ataupun boleh biarkan sahaja sampai maksimum dia boleh fokus.

Jadi, dapat sesuatu tak, parents?


Post a Comment

1 Comments

  1. Mak mertua sy suka bawak anak sy tengok kambing belakang rumah dia. Padahal anak sy terkejut & takut dengar bunyi kambing. Anak sy 1 tahun 3 bulan. Bipa dengar bunyi kambing mesti dia akan nangis. Tp mak mertua sy anggap tu lawak, sambil dia kata “takut apa bukan kambing tu nak datang dekat”. Mcm mana ye doctors?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)