Umrah Shaklee

Umrah Shaklee
Senyum lebar dapat hadiah dari Shaklee. Warna beg matching pula dengan warna baju.
Tahun lepas, ramai yang bertanya pada kami.

Kenapa Amir dan wife tak ikut trip Shaklee, naik Mediterranean Cruise?
Best tu naik Cruise. Bukan mudah nak pergi even pakai pakej pun.
Sayangnya tak join cruise tu. Best kot.

Amir senyum jer dan reply yang kami pilih Umrah Shaklee untuk trip kali ini.

Kenapa kami pilih Umrah Shaklee?

Benda ini berlaku apabila kami berkesempatan menghantar jemaah Shaklee termasuk Upline kami pergi menunaikan umrah pada tahun lepas. Waktu tu, kami terasa suatu aura atau panggilan. Hati ini rasa sebak, air mata nak mengalir (tapi Amir control lagi waktu itu). Perasaan tu, umpama membuak-buak sebab terasa nak join sekali waktu itu kalau boleh.

Semasa balik dari airport, kami berbincang bersama dalam kereta dan nekadkan hati nak pergi umrah bersama-sama kali ini. Sebab kami tak tahu, samada kami ada peluang ke tak menjadi tetamu Allah ini.

Takut-takut diri ini pergi dahulu sebelum sempat menziarah rumah Allah. Tak tahu nak jawab apa nanti apabila pelbagai rezeki telah diberikan kepada Kami sehingga mampu pergi melancong ke luar negara lebih dari 10 kali. Tapi tak nak berusaha pergi ke rumahNya.

Selepas habis taklimat umrah tadi, kami bertanya dengan ustaz secara personal mengenai niat kami ini. Dalam kepala ini, banyak berfikir pasal anak-anak yang akan ditinggalkan. Bagaimana pula nak jumpa ummi abah di kampung sebelum pergi Umrah nanti.

Jawapan dari ustaz mudah sahaja "Niatkan hati kerana Allah. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Minta Allah berikan jalan kepada kita. Insyaallah, kita akan ke sana dengan hati yang tenang seumpama bayi yang baru lahir"

Umrah Shaklee
Sebahagian dari group Shaklee besar kami

Kadang-kadang, kita rasa macam mustahil nak keluarkan duit sehingga 5/6 ribu ringgit ke Umrah. Padahal, ada yang boleh pergi kesana secara percuma. Malah, ada orang arab yang tinggal disana tapi tetap tak tergerak hati untuk menunaikan umrah mahupun haji.

Semua itu kerana izin Allah. Nak dapatkan izinNya, kita kena usaha. Pasti ada jalan yang tak dijangka dan diduga. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki.

Umrah Shaklee
Tengah dengar briefing dari wakil agensi Umrah kami, YHA Travel


Post a Comment

0 Comments