Nadiah Suhaidi dan Irine Nadia |
“Your sister?” seorang jemaah dari Bangladesh di sebelah kanan Nad bertanya, merujuk kepada cik adik di sebelah kiri Nad. Ketika itu di dalam Masjid Nabawi.
Nad pandang Irine. Senyum. Lalu angguk-anggukan saja kepala. Sebab susah nak describe nak cakap sideline bisnes ke apa. Kang dia pening pula
Di situasi lain. Jemaah Malaysia tanya. Siapa nama Nad. Nad jawab, saya Nadiah. Irine di sebelah akan menyampuk cakap “Saya pun Nadia” 😂
Betul telahan Nad. Orang yang berjaya ni tak sombong, friendly, down to earth je. That’s why mereka ramai follower, ramai yang senang dengan mereka.
Banyak yang Nad belajar dari cik adik muda dan cantik ni.
Kagum. Dari umur 15 tahun Irine dah mula aktif blogging dan buat bisnes. Bila Nad tanya cerita apa kat blog usia 15 tahun? Katanya dia share pasal family, pasal kucing, etc 😁
Now Irine dah 27 tahun. 12 tahun konsisten share perkara baik setiap hari. Di antaranya Irine selitkan juga bisnes.
Pelanggan membeli banyaknya sebab kita. Barulah sebab produk. Tapi tak bermakna kita boleh jual produk yang tak berkualiti. “Lepas buat jualan, iringi dengan servis yang tip top.” Itu pesan mentor kami.
Berkongsilah sesuatu yang boleh diambil pelajaran kepada orang lain di media sosial. Ia akan jadi saham akhirat kita. Jangan tulis sesuatu yang sia-sia, apatah lagi yang negatif. Sentiasa perbetulkan niat. Nad remind diri sendiri.
Tanya diri, will Allah love this? If yes, teruskan.
Berazam nak tulis yang lebih bermanfaat lagi. Yang bila kita meninggal pun, masih berbekas di hati pembaca.
Media sosial boleh melalaikan, media sosial boleh menghiburkan, tapi media sosial juga tempat kita sebarkan kebaikan, dan sending positive vibes.
Orang yang sentiasa nampak positif, bukanlah kerana mereka tak ada masalah. Sebetulnya, lebih ramai follower, lebih besar juga cabarannya.
Cuma, how we deal with the situation. Bagaimana kita tukarkan yang negatif kepada yang positif. Dan hanya mempamerkan yang positif, dan menyimpan yang negatif itu sendirian.
Biarlah hanya kita dan Allah yang tahu 💕
Happy sharing kawan-kawan.
Berbisnes atau tidak, biarlah media sosial jadi saham syurga buat kita. Aameen.
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)