Review Smart IQ Bangi dan Pengalaman di Blindfolded Sports Day 2019 |
“Ada pergi Kelas Parenting ke lately?”
Tanya kawan seuniversiti kami sebab selalu share pasal parenting hehe.
Actually, not really parenting class. Tapi kelas yang membuka mata kami tentang powerfulnya #brain kita. Bagaimana nak kasi perkembangan otak anak cantik, bagaimana taknak kasi sambungan sel-sel tu putus. Indirectly kami belajar parenting sebenarnya. Kami lebih faham anak-anak amanah Allah ini.
PERKENALAN DENGAN SMART IQ BANGI
Perkenalan kami dengan Smart-IQ bermula pada hujung tahun lepas, apabila kami nak improve memory dan self confidence Az Zahin. So kami masukkan Az Zahin ke program Power Brain for Chidren (5-17 tahun). Kemudian Az Zahin sambung program Little Syafie kat situ (weekend).
Kemudian hantar Az Ziyad ke Kindies dia pula. Az Ziyad pun ada buat Power Brain sebelum masuk Kindies. Then bawak ke Fingerprint Analysis pula. Baru-baru ni, Nad jugak belajar Brain Education kat situ. Dah jadi loyal customer diorang dah 😂
Overall, kehidupan kami dah berubah sejak kenal Smart IQ.
PERUBAHAN SELEPAS KE SMART IQ BANGI
1. Ummi Abi dapat tambah ilmu psikologi anak-anak dan parenting
Masa Az Zahin punya sesi Power Brain tu, kami sebagai parents pun ada diberi ilmu juga. 2 hari selama 3 jam sehari. Surprisingly, kami belajar banyak tentang parenting jugak kat situ. MasyaAllah. Our views on our children dah berubah banyak. Dan Nad nampak banyak positifnya #EncikGajah bila dengan anak-anak. Memang sukar sebelum ni kalau kita seorang je yang faham macam mana cara terbaik nak handle anak, fahami development mereka. Why diorang buat begitu begini. Tambah pulak bila kami mula follow Dr. Taufiq Razif. Kalian follow lah juga k!
2. We found out that Az Zahin's memory is not an issue
Lepas buat Power Brain, kami ada buat Fingerprint Analysis untuk Az Zahin dan Az Ziyad. Rupanya dua-dua jenis kuat memori. At first Nad rasa macam tak percaya. Tapi lepastu Nad perhatikan, memang betul. Az Zahin punya memori sangat kuat sebenarnya. Dia dapat ingat sampai tahap details semua yang kami pun tak ingat. Sebenarnya kami yang tak tahu cara terbaik nak ajar Az Zahin sampai ingat sifir. Hehe.
3. Imaginasi both Az Zahin dan Az Ziyad improve
Kalau sebelum ni Az Zahin suka lukis 1 page buku tulis, 1 orang, now dia boleh lukis dengan sangat detail, boleh lukis di tempat yang kecil sampai penuh with details jugak, dan dia akan terangkan sekali.
Lukisan Az Ziyad pun sama. Kemas! Sebelum masuk Smart IQ Kindies, lukisan dia tak macam lukisan. Haha. Tapi kami macam ok je sebab dia kan ada masalah development sebelum ni. Tapi masuk je Smart IQ awal tahun haritu, terus dia berubah! Lukisan dah macam abang dia dah. Kemas dan yakin dia lukis.
4. Az Ziyad dah kurang picky eater!
Ni Ummi Abi terkejut sangat, within 1 month je belajar di Smart IQ Kindies, Ziyad boleh makan macam-macam kat sekolah. Nasi dan lauk yang dia tak biasa makan (biasanya makan nasi kosong pun boleh!), makan cucur lah, kuih lah. Pastu bulan seterusnya tu siap boleh makan sayur! Pastu tetiba Az Zahin dan Ziyani yang tak sekolah hari-hari kat Smart IQ pun dah nak makan sayur jugak. Peer pressure yang positif! Hihi.
5. Hidup lebih tenang
All in all, hidup kami lebih happy dan tenang. Sebab kita lebih faham anak kita. Kita faham kenapa mereka menangis, kenapa mereka panjat sana sini, kenapa mereka tak duk diam, macam mana nak ambil hati mereka berdasarkan preference mereka. Semuanya inshaAllah dapat dilihat dari sudut pandang yang positif 🙂
SMART IQ BANGI BLINDFOLDED SPORTS DAY 2019
Dan semalam, kami dapat experience sendiri Blindfolded Sports Day. First time dalam hidup kami, tengok orang bersukan sambil tutup mata. Dapat tengok anak-anak dan parents lain yang Super hebat juga. MasyaAllah, zuriat kita ni sangat hebat sebenarnya. Tanpa ilmu, kita boleh mengurangkan 'power' mereka tu tau.
Zahin tunggu turn untuk acara Pick It |
Apabila anak makin besar, nak kembalikan Power Brain mereka memerlukan masa lebih lama |
Zahin dapat tempat pertama dalam acara Pick It |
Happy sangat Ziyani dapat jumpa kawan Zia, geng Kinderkaizen |
Suka sangat la Ziyani tu |
Ziyad tengah "charge energy" supaya lebih fokus |
Team kami, Wind "we fight like a Tornado" |
Suka sangat Ziyad, dapat tempat ke tiga dalam acara memanah BlindFolded |
Sabar jer Ziyad menunggu giliran |
Ada budak monyok sebab gambar tak masuk |
Comel jer kan? Ini adalah salah satu acara yang susah, Main Kubik |
Ini program yang ada di Smart IQ |
✔️Az Ziyad - Tempat Ketiga acara Blindfolded Archery.
✔️Abi - Tempat Kedua acara Kawah-Kawah.
Suka semua dapat hadiah. Ziyani pun seronok jumpa bestfriend dia. Abang-abang depa satu sekolah. Hehe.
++
Kawan-kawan yang ada issues yang macam kami hadapi sebelum ni, Nad recommend pergilah belajar dari Smart IQ ni. Nad yakin apa-apa ujian yang Allah kirimkan untuk kita, sebenarnya Allah nak buka jalan lain yang jauh lebih baik. For us to discover and learn more and more!
Macam founder Smart IQ sendiri iaitu Puan Ruha Dani, macam mana beliau boleh terjebak dengan ilmu tentang Brain ni semua, sebab beliau pernah diuji dengan masalah kesihatan yang berat dulu. Dah 2 kali operate. Then sebelum kena operate kali ketiga, beliau pergi belajar di Korea tentang Brain. Dan dari situ, beliau belajar ilmu tentang Brain, tentang teknik-teknik nak self-heal, buang benda-benda yang tak best dan yang tak sepatutnya ada dalam diri kita. Dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah, dah tak perlu operate lagi 🥺
Kawan-kawan, try pergi, maybe untuk permulaan, kelas Brain Education. Now ada promo RM 200 dari harga asal RM 600. Hujung minggu ni ada. Anda akan rasa satu dunia baru nanti. Sebab macam Nad sendiri, tak sangka dan tak terbayang rupanya kita ada aset yang sangat hebat iaitu otak dan diri kita sendiri, which kita tak guna to the fullest sebab kita tak pergi belajar.
Pergilah. Sangat recommended jugak untuk handle stress / panas baran. Been there 🤗 Kesian anak-anak dan pasangan kalau berterusan. Ikhtiarlah cari jalan keluar.
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)