May 06, 2019

Kehamilan Keempat

Assalamualaikum semua :)

Setelah hampir 8 tahun menyusu non-stop 3 orang anak (throughout 2 pregnancies, and tandem nursings), rasanya penat sangat nak ada baby lagi. Penat mental sebenarnya. Badan inshaAllah larat ja since di support dengan Shaklee nutrition. Encik Gajah kata, cukup dah rasanya 3 anak. Dah ada lelaki, dah ada perempuan, Alhamdulillah.

Ziyani wean-off dalam bulan 10 tahun lepas (Oktober 2018). Baru je lagi kan. Haha.

Az Zahin (2010) menyusu 3 tahun 4 bulan.
Az Ziyad (2013) menyusu 2 tahun 5 bulan.
An Nur Ziyani (2015) menyusu 3 tahun 4 bulan.

Lepas wean-off, Nad rasa Nad jadi a new person. Sebab hadapi a new life. Tanpa perlu menyusu anak lagi sejak bergelar ibu 8 tahun yang lalu. Tanpa perlu cari pakaian yang mementingkan nursing friendly atau tidak. It's like, I am finally free! Hahaha.

But then, Allah's plan is the best. Tiba-tiba Allah titipkan rasa nak anak lagi, rasa bersedia nak ada baby lagi, selagi umur masih muda, dan kami masih mampu. It was before our Umrah in February. Jadi, di sana, kami doa sama-sama nak dapat anak lagi :)

Nad visualise dan minta dengan Allah, nak beranak tahun ni juga. Walaupun dah pun masuk tahun ni. Kira nak cepat lah kan? Kalau lambat, nanti due date masuk tahun depan pula. Nanti gap jauh sangat dengan Ziyani. Tahun ni ialah cun-cun dah. Sebab average semuanya gap 3 tahun. Means lepas wean off (anak dalam usia 2 tahun), baru start TTC dan pregnant). So tahun 2019 ialah tahun yang tepat lepas anak pertama tahun 2010. Gitulah ye perkiraan seorang manusia. Haha.

MENUNGGU TARIKH NEXT PERIOD


Seminggu sebelum expected period, dah mula sakit kepala. Badan berangin jugak.

Hari yang sepatutnya period, dia tak kunjung tiba. Esoknya ajak Encik Gajah beli Pregnancy Test, tapi balik tu tak buat jugak. Tunggu esok lah!

Memang nerve wrecking, sebab period Nad biasanya memang on time.

Then, first time cakap kat Encik Gajah, nanti Nad test. First time cakap sebelum test walaupun anak dah 3 orang tau! Hahaha. Kasi dia pun berdebar sekali :P

Pagi-pagi tu, first urine, buat test. Terbaik buat Home Pregnancy Test guna urine paling awal pagi. Sebab masa tu paling 'pekat' hormon pregnancy, jika kita pregnant.

Bila dah letak stick tu, alahai, lambatnya. Line first je terang. Ok takpe, taknak tengok dulu. Settle apa yang patut jap. Pastu baru tengok balik in several minutes.

Masuk balik toilet..

Double line :)

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami :)

Actually, Nad terkejut sebab line kedua tu terang sangat. Jauh beza dari pregnancies sebelum ni. Walaupun baru lewat 2 hari period. (Dalam gambar ni cam tak nampak sangat).

ALAHAN MENGANDUNG & NUTRISI KEHAMILAN


Sejak dari tu, Nad tak skip Set Hamil Shaklee setiap hari. Since dah jadi peneman sejak second and third pregnancies dulu, and approved by different Gynaes (masa di Miri dan juga di Bangi), tak ambil langsung supplement brand lain.

Gynae kali ni di Klinik As Salam Bangi pun tak ada masalah Nad amalkan Shaklee untuk pregnancy :)

Setiap hari Nad akan ambil:

2 biji Vitalea (Multivitamin with Iron)
1 biji B Complex (with Folic Acid)
2-3 biji Vita C
1-2 biji Omega Guard (Fish Oil)
4-5 biji Ostematrix (Calcium)
3-6 sudu besar ESP (Protein)

3 biji Peppermint Ginger untuk kurangkan angin.

Dan stopkan mana-mana supplements yang tak signifikan / kurang sesuai untuk ibu hamil contohnya yang sebelum ni Nad ambil Lecithin, Vivix, GLA, CoqTrol, Alfalfa.

Semua supplements pregnant ni especially penting bila Nad kali ni alahan kuat skit berbanding pregnancies sebelum ni. Kali ni, Nad tak lalu makan, loya, sakit ulu hati, banyak angin, pening. Pregnancies sebelum ni loya jugak tapi lalu je makan. Tu yang cepat naik badan. Hahaha.

Bila tak lalu makan, tu yang Nad topup dengan ESP tu lebih dari biasa. Mujurlah baby kali ni suka ESP. Masa pregnant Ziyad dulu, awal-awal jadi tak suka ESP, tak boleh telan. Hehe. Macam-macam pesen.

Kali ni, tak boleh nak telan makan nasi dan lauk pauk sangat. Tak boleh langsung pedas! Boleh makan sup-sup plain dan Mi simple-simple je. Antara yang boleh makan ialah Mee Tarik Warisan Asli. Selera more to Chinese Food, healthy-healthy gitu. Hihi.

PERTAMA KALI LIHAT BABY


Mentang-mentanglah dah kali keempat pregnant, rileks je dulu tak terus jumpa doktor lepas tahu pregnant. Haha. Sebulan lepas tu, baru pergi jumpa doktor, buat scan, 'jumpa' baby :) Alhamdulillah baby punya development setara dengan usianya.

Heyo! Doakan saya sihat sempurna :)

Doakan Ummi saya dapat puasa penuh ye tahun ni :)

3 comments:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.