May 07, 2019

Pengalaman dan Tips Berpuasa di Awal Kehamilan

Puasa tahun ni, puasa dalam waktu masih meloya. First time. Dulu pregnant time dah nak bersalin. Masa tu Alhamdulillah ok.

Kali ni, Nad dah minta tips kawan-kawan siap-siap dah yang mana berpengalaman puasa masa tengah loya.

Tips Berpuasa di Awal Kehamilan


Antara tips yang diberi:

1. Lupakan loya (buat-buat busy)
2. Malam minum PD banyak-banyak waktu malam
3. Muntah / denggi pun masih boleh puasa penuh

InshaAllah saya pun boleh dengan izin Allah πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

SAHUR


Waktu sahur paling penting untuk lengkapkan nutrisi ibu mengandung.

Nad bersahur dengan:

Semangkuk kecil Nasi Goreng sebab loya, tak lalu makan
#ESP + #CinchChoc untuk beri kenyang lama
Kurma 3 biji
Sepanjang malam minum #PerformanceDrink 2 liter untuk make sure badan tak dehydrate, puasa tak mudah dahaga
2 biji Vitalea Iron Formula (Multivitamin + Iron)
1 biji B Complex (folic acid)
2 biji Vitamin C untuk imun
3 biji Peppermint Ginger untuk bantu kawal loya

Alhamdulillah mungkin berkat doa kawan-kawan juga, hari pertama puasa, agak kuat dari hari biasa.

Dapat mengasuh baby newborn adik Encik Gajah, dapat buat marketing online, Alhamdulillah tak pening-pening bila mengadap. Tengahari sempat keluar jap carikan barang baby yang mana tak cukup kat Manjaku Bangi. Cuma lepas Zuhur tu 'hibernate' juga lah hihi.

Masa nak dekat berbuka dan masa berbuka baru lah rasa loya-loya.

Sebelum tidur, macam biasa ambil 5 biji Ostematrix untuk tulang dan taknak bagi lenguh-lenguh badan. Dapat bangun dengan segar pagi esoknya.

Cuma lupa sangat nak ambil Omega Guard untuk perkembangan otak baby. InshaAllah lepas ni tak lupa dah sebab dah tahu rutin bulan puasa kan.

Alhamdulillah lepas sehari puasa ni rasa lebih yakin nak tempuh bulan Ramadhan kali ni. InshaAllah, lagi pun tak lama dah nak masuk second trimester ni. Yeayyy! Moga masa tu tak loya dah. Aameen!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.