Selamat Hari Guru


Apabila teringat hari ni adalah Hari Guru, Amir teringat masa Zaman Nakal di sekolah SDAR dulu.

Dah la selalu fly sebab nak main game Counter Strike (CS), lepas tu lapar. Pergi makan sekali kat gerai depan cyber cafe tu. Masa nak balik pula, warden dah standby kat bangku tepi padang bola. Terpaksa la main kejar-kejar dengan warden. Pernah sekali kantoi dengan Cikgu Sahak. Cikgu lepaskan selepas kena tazkirah. Ada sekali tu kantoi masa roll-call. Beberapa kawan pun terlibat sama. Nasib punggung la waktu tu, kena sebat kat bilik sukan.

Kalau tak fly, main dalam surau masa waktu prep. Tak syok study kat dalam kelas. Lepak kat surau lagi best, boleh main gusti. Dulu suka tengok wrestling, buat smack down kat kawan. Kawan pun balas balik. Badan sakit pun tak kisah sebab seronok punya pasal.

Bila nak exam, baru lah pulun study sebab nak score. Cari kawan yang pandai supaya senang nak tanya. Beritahu mak ayah, kawan ni banyak tolong mengajar. Mak ayah pun mai waktu weekend, bawa biskut dengan air kotak. Kongsi dengan kawan-kawan.

Itu lah antara kenangan Amir semasa belajar di asrama dulu. Banyak jasa cikgu waktu tu nak ajar kami supaya jadi budak yang berguna pada bangsa dan negara. Rasanya, mesti stress cikgu-cikgu ni mengajar dulu. 

Terima kasih cikgu kerana mendidik kami. Selamat Hari Guru

Post a Comment

0 Comments