Tip Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa

Tip Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa
Kita digalakkan minum air 8 gelas sehari. Tapi kalau bulan puasa, bilakah waktu yang sesuai untuk kita minum kan?

Usah risau, Kementerian Kesihatan ada share tips bagaimana nak minum air sewaktu berpuasa. Bukan minum air masa tengah puasa yer. Kang ada yang pi kat kepala paip. Hehe

Berapa banyak air perlu kita minum sehari?

Jadual minum air ialah

  • 1 Gelas selepas bangun sahur. Bukan bangun Subuh yer.
  • 1 Gelas selepas bersahur. Sebelum azan Subuh.
  • 1 Gelas selepas azan Magrib. Bukan azan Zohor atau Asar walaupun bunyi dia sama.
  • 1 Gelas selepas solat Magrib.
  • 1 Gelas selepas makan berat.
  • 1 Gelas selepas solat Isyak.
  • 1 Gelas selepas solat Terawih. Seeloknya, pergi la solat Terawih yer. Banyak pahalanya.
  • 1 Gelas sebelum tidur malam.


Okes, cukup dah 8 gelas air masak sehari. Lupa nak pesan, air sirap/air katira/air tebu/air ketum semua tak dikira yer. Hanya air masak/air coway/air cuckoo/air mineral sahaja yang dikira.

Boleh la kawan-kawan share dengan rakan yang lain, mana tau depa pun tercari-cari panduan nak minum air waktu bulan puasa ni.

Post a Comment

0 Comments