Masa bercuti minggu lepas, Amir decide nak book homestay untuk family besar kami untuk majlis di Melaka. Teringat balik yang tahun lepas kami ada guna apps Airbnb untuk cari homestay di Gambang Water Park. Harga sangat berbaloi dengan rumah yang kami dapat.
|
View dari Homestay 1 kami di Pantai Klebang |
Kali ini, Amir book apartment 3 bilik dengan harga RM230 include semua service caj. Homestay kami terlekat di Pantai Klebang, Melaka. Ia boleh muat hingga 18 orang. Design rumah yang agak lama dan sangat luas. Cuma bab kebersihan itu tak berapa sangat, maybe sebab tak ramai orang yang duduk disini. Dan satu lagi, pentingnya kita confirmkan balik dengan owner samada toiletries dan towel disediakan. Homestay ini tidak disediakan dengan alasan towel semua dicuri orang. Adehh.
|
Katil Double Decker idaman Triple Z |
The best part untuk homestay ni ialah katil Double Decker. Triple Z suka sangat jumpa katil double decker. Siap berebut nak tidur atas dan request nak letak di bilik mereka nanti. Haha.
Abi & Ummi terpaksa la tidur di bahagian bawah, kemudian baru Ziyani nak join sekali sebab tak muat kat atas. Kolam apartment ni pun besar, cuma tiada bahagian kanak-kanak. Kami terpaksa la mandi di kolam 4 kaki sambil melatih Triple Z cara nak terapung dan berenang.
|
Muka happy nak pergi Legoland |
Keesokan harinya, kami bergerak ke Nusajaya, Johor untuk bercuti di Legoland. Kami tak book hotel Legoland sebab rate dia mahal gila compare masa kami pergi 5 tahun lepas. So, Amir dah siap-siap book apartment depan dengan Legoland, jalan kaki 5 minit jer dah boleh sampai.
|
Inilah homestay ke 2 kami. Dekat sangat dengan Legoland |
The best part untuk homestay ke 2 kami ini sebab rate dia hanya RM120++ semalam sahaja. Minimum booking ialah 2 malam. Total jadi RM243 include semua service tax.
|
Inilah homestay kami. Bersih dan cantik |
Apartment ini ada 1 bilik tidur yang besar siap dengan toilet ada bathtub. Ruang tamu dan dapur dia sangat bersih dan cantik. Pandai owner ni hias. View dari apartment kami ini pula boleh nampak kolam dan semestinya Legoland. Triple Z suka sangat view ni sampai usha banyak kali bila Legoland nak buka atau tutup. Haha
|
Bilik air luas siap dengan bath tub |
|
Bilik tidur muat 1 katil Queen dan 2 katil Single. |
|
Nampak Legoland dari homestay kami |
|
Zahin tengah cari remote tv |
|
View cantik dan hijau |
|
View dari bilik tidur |
|
Ziyad yang excited nampak kolam |
Kepada kawan-kawan yang ada plan mencari homestay berdekatan dengan Legoland, boleh cuba guna Airbnb. Banyak pilihan apartment yang murah & cantik. Sesuai untuk bawa 1 keluarga yang besar berbanding duduk di hotel budget.
Bagi yang 1st time nak guna Airbnb, boleh klik link dibawah untuk dapat diskaun 10% dari Airbnb. Kenapa bayar lebih kalau dapat jimat bukan? Hehe
1 Comments
best, cantik2!
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)