Kisah Ladang Anggur Roger Barnett



Kisah Ladang Anggur Roger Barnett
Ini ladang Anggur Roger Barnett di Napa Valley
 Masa tahun 2014, Amir dan delegasi Shaklee Malaysia hadir ke conference di Long Beach, California. Ceo Shaklee, Mr Roger Barnett berkongsi sebuah kisah mengenai ladang anggur beliau di Napa Valley. Beliau teruja beli ladang anggur disitu sebab dikatakan anggur dari California antara yang terbaik.

Delegasi Shaklee Malaysia baru tiba di perkarangan ladang Anggur Roger Barnett
Jadi, beliau beli rumah ladang bersama ladang anggur yang luas. Banyak investment dilakukan dari baja, penjagaan, benih, dan pelbagai lagi sebab excited memiliki ladang anggur sendiri.

Selepas 1 musim, beliau lihat ladang anggurnya tidak menjadi. Anggur dari ladang jiran semua berbuah lebat dan banyak. Lalu, Mr Roger cuba mendapatkan pendapat dari orang yang mahir dalam bab penanaman anggur ni.

Rupanya, benih anggur yang digunakan tidak sesuai dengan tanah disitu. Itu sebab hasil dia tak sama dengan jiran yang lain. Beliau tak putus asa dan teruskan menanam anggur semula mengikut nasihat orang tadi.

Inilah CEO Shaklee, Mr Roger Barnett. Orang yang sempoi. Siap tolong ambilkan gambar.
Ia ambil masa 8 tahun untuk menghasilkan ladang yang menghijau dan cantik seperti dalam gambar dibawah. Dan untungnya delgeasi Shaklee Malaysia merupakan group pertama yang datang ke rumah ladang Mr Roger ini. SID Shaklee US sendiri pun tak sampai lagi.

Point yang Mr Roger nak sampaikan ialah fokus pada bisnes kita sendiri. Jangan lihat bisnes orang lain sebab permulaaan kita tak sama. Setiap orang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Belajar dari mentor atau orang yang pakar supaya kita dapat jimatkan masa dan kos untuk dapatkan hasil yang lumayan.

Inilah mentor kami, Master Firdhaus dan Master Iffah menghadiahkan tanda penghargaan buat Mr Roger Barnett.
Terima kasih kepada Team S2U Families yang sudi share gambar mereka dari sana. Seronok lihat suasana ladang anggur Mr Roger. Rasa tenang jer.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sangat mendalam isi yang Mr Roger sampaikan. Terima kasih untuk perkongsian menarik ini.

    ReplyDelete
  2. Fokus pada jalan sendiri. Tak usah toleh kiri kanan pandang jalan orang. Terima kasih MNS & MAM atas segala tunjuk ajar ilmu pada kami di Maestro.

    Jelesnya tengok depa makan dan lawat ladang anggur tu ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)