Jika anda punyai anak-anak sekitar umur 10 tahun ke atas, anda mungkin rasakan mereka tidak lagi memerlukan sebarang jenis kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) dan sudah boleh menggunakan tali pinggang keledar biasa.
AWAS! Anda perlu lakukan Ujian 5-Langkah ini untuk benar-benar memastikan anak anda tidak lagi perlu sebarang CRS di dalam kereta anda.
Kesemua 5 langkah ini perlu dipatuhi dan sebarang ketidakpatuhan kepada mana-mana langkah yang tersenarai menunjukkan anak anda masih belum sesuai menggunakan tali pinggang keledar.
Langkah 1: Pastikan anak boleh BERSANDAR SEPENUHNYA PADA PENYANDAR KERUSI KERETA.
Langkah 2: Pastikan LUTUT DAPAT DIBENGKOKKAN DENGAN SEMULAJADI pada hujung kerusi kereta.
Langkah 3: Pakaikan tali pinggang keledar dan periksa. Tali keledar bahagian BAHU PERLU BERADA DI BAHU, dan bukan di leher atau muka.
Langkah 4: Tali keledar bahagian riba pula perlu berada di BAWAH TULANG PINGGUL, dan bukan di perut.
Langkah 5: KEKAL SEPERTI LANGKAH 1-4 SEPANJANG PERJALANAN.
Zahin duduk dalam Car Seat |
Ziyani pun suka duduk dalam Car Seat |
Ujian ini perlu dilakukan dalam setiap kenderaan yang dinaiki anak anda kerana kemasan kerusi kenderaan dan sistem tali pinggang keledar yang berbeza-beza antara model kenderaan mungkin mempengaruhi keperluan penggunaan CRS dan tali keledar anak anda.
Sebenarnya, kelima-lima langkah ini juga adalah bagaimana anda sebagai orang dewasa perlu memakai tali pinggang keledar!
1 Comments
Terima kasih untuk info nya MNS. yang kekal tu, kadang-kadang kekal, kadang-kadang idok haha
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)