Akibat Beli Shaklee di Lazada

Hari ini, sudah ramai mula berniaga online sebagai side income dan ada juga yang buat secara full time. Ada yang jadi agen dropship, jadi agen syarikat, ada yang jadi stokis dan sebagainya.

Cabaran besar agen jualan produk diantaranya ialah E-Commerce yang menyediakan platform yang mudah bagi peniaga kecil untuk mula berniaga. Tetapi kesan buruk terhadap agen jualan produk yang boleh Amir lihat sendiri ialah Perang Harga. Produk yang sama, tapi harga berlainan dari setiap peniaga di E-Commerce.

Gejala Perang Harga ini, menyebabkan ada peniaga terpaksa turunkan harga tidak munasabah tapi menjual produk yang rosak atau sudah expired. Yang rugi sudah pasti customer dan termasuk juga agen lain yang berniaga secara jujur.

Benda ini banyak terjadi kepada ramai agen lain termasuk owner produk yang bertungkus lumus menghasilkan produk mereka, kemudian ada orang cuba beli secara pukal dan jual murah di E-Commerce. Sales yang besar, akan membawa komisen yang besar. Ini membuatkan segmen market untuk produk tersebut rosak teruk dan ada agen lain yang tak boleh cari makan kerana customer nak beli harga murah di E-Commerce. Dato' Alif Syukri juga mengamuk bila dia tahu ada orang jual produk beliau dengan murah (bawah harga yang disyorkan) di E-Commerce ni.

Bagaimana pula hukumnya dalam Islam?
Ustaz Zaharuddin ada kongsikan yang Islam melarang kita merosakkan nilai market kerana kita telah membuatkan agen lain rugi dan dalam masa yang sama, mereka telah melanggar peraturan atau akta yang Syarikat keluarkan termasuklah menjual barang tidak berkualiti kepada customer (menipu).

Akibat Beli Shaklee di Lazada
Akibat Beli Shaklee di Lazada

Salam sis..saya beli dekat lazada esp dan vivix..barang da sampai

harini tapi dah expired 3 bulan yang lalu..boleh makan lagi ke..lagi satu.kalau saya pos dekat sis boleh tak sis claim dekat branch..saya dah komen dekat lazada tapi seller tak ada respon..saya harap sis sebagai agent shaklee bertanggung jawab dengan kes saya..duit saya dah habis banyak sis..

Pagi ni, Amir kongsikan satu screenshot dari Customer agen lain yang mengadu bahawa dia ditipu oleh peniaga di E-Commerce kerana membeli barang expired. Nilai barang yang dibeli melebihi RM600. Bukan nilai yang sikit yer.

Ceritanya bermula apabila Customer tersebut bertanya harga dengan agen ini, tapi tidak jadi membeli kerana beliau merasakan harga itu mahal berbanding di E-Commerce. Selepas beliau rasa tertipu dengan peniaga tadi, beliau cuba mendapatkan pertolongan dari agen sebelum ini untuk membantu mendapatkan haknya balik. Agen tersebut telah laporkan pada upline dan juga company.

Kalau ada prospek compare harga dengan E-Commerce, kita seeloknya jangan terus pi marah mereka. Mungkin prospek tidak tahu akibat membeli selain agen. Kita bantu educate mereka supaya hak mereka terjaga.

Shaklee keluarkan notis supaya jangan beli produk di E-Commerce

Jadilah pengguna bijak dan agen yang bertanggungjawab, bila dua-dua happy. Baru rezeki mudah nak masuk. Insyaallah.

Anda dapat sesuatu? Kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.


Post a Comment

0 Comments