Kelebihan Qailullah

Kelebihan Qailullah
Kelebihan Qailullah
"Take a nap whenever you are able to"

Pernah dengar ayat ini? Tak pernah?

Amir nak kongsikan satu penemuan yang menakjubkan mengenai "lelap sebentar" di siang hari.

Menurut kajian Neuroscience mendedahkan bahawa lelap sebentar di waktu tengahhari dapat meningkatkan daya ingatan, meningkatkan "alert", meningkatkan prestasi, dan memulihkan kualiti tidur malam yang hilang.

Dalam islam pula, ia menjadi amalan sunnah Rasulullah untuk lelap sebentar sebelum waktu solat Zuhur. Ia dipanggil Qailullah (tidur siang) dimana kita digalakkan lelap beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja .

Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur. Dan sebelum lelap tu, disunatkan untuk kita berniat

"Aku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala."

Sabda Rasulullah:
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Jum kita sama-sama mencuba mengamalkan sunnah Qailullah ini secara istiqamah. Ambillah sebahagian kecil waktu rehat tengahari dengan memilih untuk tidur sebentar sama ada di pejabat, tempat kerja atau di dalam kereta.

Semoga kita semua mendapatkan keberkatan dalam setiap usaha kecil ini. Insyaallah.

Post a Comment

0 Comments