Pengalaman Dijemput ke MHI TV3 - Topik Lidah Pendek / Tongue Tie

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, pada pagi Isnin, 26 Ogos 2019, Nad dan Ziyad dijemput untuk berkongsi tentang pengalaman tongue-tie atau lidah pendek di MHI TV3 secara siaran langsung.

Muncung-muncung mulut Ummi Ziyad bila bercakap. Haha

Rakamannya boleh ditonton semula di Youtube di bawah:


MasyaAllah, Alhamdulillah, it is a whole new experience for me and the family! Macam mana kami boleh tiba-tiba masuk TV ni? Hehe. Nad akan kongsikan dalam entry kali ni, untuk kenangan Nad sendiri (sebab nanti-nanti dah lupa all the details hehe), dan juga panduan anda mana tahu lain kali anda pula yang dijemput masuk TV kan? Hehe.

Penerbit MHI TV3, Teh Syuhada Membuat Panggilan Kali Pertama


Pada hari Jumaat, 16 Ogos 2019, kami di Terengganu. Waktu tu, kami baru saja sampai di Kerteh dari Besut (kampung Nad), masih dalam mode cuti Raya 'Iduladha. Jam menunjukkan pukul 1 lebih, #EncikGajah sedang mencari masjid nak Solat Jumaat, nak azan dah, tiba-tiba ada orang call Nad. Nombor tak dikenali.

Dengan bismillah, Nad angkat telefon. Beliau tanya nak cakap dengan Nadiah, lalu memperkenalkan diri sebagai Teh Syuhada dari MHI TV3. Katanya beliau ada baca blog Nad tentang pembedahan tongue-tie / lidah pendek Ziyad. Beliau tanya, Az Ziyad tu siapa pada Nad? Anak sedara ke apa? Nad cakap Ziyad anak Nad.

Beliau nak jemput Nad ke MHI untuk berkongsi tentang pengalaman tongue-tie Ziyad ni dalam topik Lidah. Dalam 2 minggu lagi katanya. Mula-mula Nad hesitate sebab nak kena share kat TV kot! Haha nervous! Tapi selepas beliau cerita lagi kenapa dia minta Nad berkongsi, dan di Malaysia ramai lagi yang tak tahu tentang topik Lidah ni, akhirnya Nad setuju, dengan niat nak bantu beri ilmu kepada public. Katanya beliau akan hubungi lagi nanti untuk confirmation.

Lepas letak telefon, macam-macam perasaan ada. Excited, nervous, happy! Tak terbayang rasanya macam manalah agaknya masuk TV. Hahaha. Nad khabarkan pada family. Dan juga my team Maestro untuk encourage mereka terus blogging, menulis, dan berkongsi. Semua pun excited nak tahu bila tarikhnya. Lagi tambah debar. Haha.

Minggu seterusnya tu, tiada khabar berita dari Teh Syuhada. Nad rasa mungkin dah tak jadi kot. Mungkin dah jumpa orang lain yang lebih sesuai ke, or diorang tukar topik lain dah ke. Nad cuma doa, kalau ia baik untukku, Kau permudahkanlah. Kalau tak jadi pun tak apa. Pasti ia juga yang terbaik untuk Nad.

Panggilan Mengejutkan Dari MHI TV3


Pada hari Jumaat, 23 Ogos 2019, Teh Syuhada call lagi. Dia tanya ada tak team dia call Nad? Nad kata tak ada. Masa tu baru dia inform yang topik Lidah ni akan on air pada hari Isnin, 26 Ogos 2019. Esok lusa je! Hahaha. Terkejut Nad. Cepat sangat pulak aih.

Rancangan MHI TV3 akan on air pada jam 8 pagi, so kami kena ada di Sri Pentas, Damansara jam 7 pagi. Fuh, dalam kepala, otak ligat fikir macam mana nak sampai awal macam tu dengan Triple Z ni. Nak tinggal ke, nak bawak semua ke, memandangkan kami dari Bangi which is jauh dari Damansara.

Beliau minta izin untuk team mereka datang rumah Nad, nak shooting untuk MHI esoknya (Sabtu). Haaa, lagi cepat tu! Hahaha. Aduduh terkezut banyak sangat ni. Alhamdulillah esoknya kebetulan Nad free. So proceed je. Beliau minta Nad hantarkan padanya alamat dan lokasi rumah melalui Whatsapp.

Nad pun tanyakan sekali bagaimana dress code untuk shooting dan on air nanti. Katanya tak kisah, asalkan sopan. Nad pun study jugalah pakaian yang macam mana yang sesuai untuk masuk TV interview. Hihi. Nak-nak pula tengah pregnant 27 weeks. Baru Nad tahu yang kurang sesuai pakai yang all black, too baggy, dan lip lap. Warna yang menyerlah pun tak digalakkan. Cari jugalah gambar-gambar dalam program MHI sebelum ni untuk dapat idea macam mana rupa bila dalam TV.

Orang MHI TV Datang Shooting di Rumah


Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2019, tibalah 2 orang staff MHI TV3 ke rumah kami seperti yang dijanjikan iaitu Encik Johari untuk bahagian story, dan Encik Fadhil sebagai cameraman.

Tak lama shooting nya, around 40 mins macam tu, just nak rekod video Ziyad beraktiviti di rumah. Cuma Ummi kena layan Ziyad nak suruh keluar suaranya (bukti dah pandai cakap). Sebab 2 orang yang datang ni tak bermesra dengan Ziyad sangat. Jadi Ziyad kurang memberi kerjasama. Haha. Ummi la kena umpan Ziyad. Main pistol, baca buku, main game kat fon. Haha.

Ummi tengah layan Ziyad main pistol

Dalam 1 jam dah siap, termasuk borak-borak dengan mereka tentang tongue-tie Ziyad. Yang kelakarnya, Encik Johari tanya Nad ni kawan ke dengan Teh Syuhada tu? Haha. Of course lah tak.

Encik Johari juga nak collect resources lain untuk support topik tu seperti gambar dan video lama Ziyad sebelum operation. Siap bawa pen drive. Nad minta ambil dari entry blog je, since semuanya Nad dah share kat situ. Hehehe. Mudah kan ada blog ni? So, pen drive yang beliau bawa tu tak guna lah. Hihi. Masa tu juga beliau ambil nama Nad dan Ziyad untuk display kat TV nanti.

Booking Hotel Berdekatan Sri Pentas


Setelah berbincang, kami decide nak bawa ketiga-tiga anak sekali ke Sri Pentas. Walaupun Ummi dan Ziyad je yang akan masuk TV, tapi this is a good exposure untuk Zahin dan Ziyani juga untuk melihat stesen TV. Ummi yang 34 tahun ni pun first time nak tengok ni. Hehe.

Dan to be at Sri Pentas paling lambat jam 7:30 pagi dengan 3 kanak-kanak ini, kami decide untuk stay berdekatan dengan Sri Pentas. Dapat hotel budget yang selesa dan dekat sangat-sangat dengan Sri Pentas. Nama Hotel tu One Avenue. Jarak 1 km je, 3 minit dah sampai dengan kereta. Kedai-kedai kat situ pun banyak. Memang tak susah kalau nak apa-apa. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan. Kami search melalui Trivago dan book di Agoda. Harga 1 bilik lepas tax jadi RM 130 macam tu untuk 2 katil queen. Banyak bilik kat hotel ni, ada 5 tingkat, dan dia guna 2 blok!

Sehari Sebelum Hari Penting


Kami check in hotel pada petang Ahad, 25 Ogos, lepas bawa Triple Z tengok movie Boboiboy 2 kali kedua di Alamanda.

Sampai di hotel, Ummi rehat-rehat jap sambil baca balik entry blog tentang tongue-tie untuk recap balik apa nak cakap esoknya. Blog ni umpama diari lah juga, tapi public baca. Hehe. Tapi kita tapis lah mana yang kurang sesuai untuk public tahu :) Dah start debar dah sikit-sikit time ni. Haha.

Malamnya, pergi makan di 1 Utama naik Grab. Kat sini memang senang sangat nak dapat Grab sebab kawasan tumpuan. Lama sangat tak pergi 1 Utama ni! Rinduuuu. Seingat Nad, last masa kami belum kahwin. Hihi. So teringin sangat la nak pergi sebab terimbau kenangan lama. Hahaha.

Sambil makan-makan tu, Nad train lah Ziyad macam mana nak tunjuk lidah dia kalau mereka request dalam rancangan tu nanti. Dah pesan macam-macam siap-siap supaya Ziyad bersedia.

Balik dari makan tu, singgah 7 Eleven, Zahin dan Ziyad nak komik Boboiboy The Movie 2. Oklah, Abi belanja. Jalan cerita dalam komik ni tak sama macam dalam movie. Pandai Monsta buat duit ek. Hehe.

Masuk bilik, Abi kerah kanak-kanak tu tidur sementara Ummi pergi gosok baju untuk pagi esoknya. Tempat iron baju ni kat koridor depan bilik je. Yang ni kurang best sikit sebab malap je lampunya kat situ. Haha.

Jam 10 malam, Teh Syuhada Whatsapp untuk remind untuk hadir esoknya, dan kalau boleh, bawa Ziyad sekali katanya.

Time nak tidur, tengok jam dah pukul 11. Makan Ostematrix macam biasa. Tapinya, tak nyenyak tidur malam tu! Mimpi pun pelik-pelik. Nervous katakan. Haha.

The Day Has Come!


Pagi tu, Nad bangun macam biasa jam 5:15 pagi. Masa tu bertambah debar dah. Masa nak ambil wuduk, kaki dah start ketar-ketar. Hahaha. Inilah masalah seorang Nad. Badan boleh menggeletar kalau nervous. Nad try to calm down, beri arahan pada otak untuk stay calm dengan perbetulkan niat. Then Solat Tahajjud, doa minta pada Sang Pencipta semuanya dipermudahkan. Masuk Subuh, solat 2 rakaat sebelum Subuh, then Solat Subuh. Doa banyak-banyak! Because public speaking is not really my forte. Nak-nak pula secara langsung dalam TV! Fuh fuh fuh!

Kejutkan anak-anak bangun tidur, bersiap. Bancuh ESP + Performance Drink untuk breakfast, tapi belum lalu nak minum. Bawa bekal ke Sri Pentas dengan sebotol air kosong.

Pukul 7, Cik Hidayah dari MHI call, minta inform dia if dah sampai ke lobi Sri Pentas. Nanti dia akan bawa ke mana yang patut.

By 7:30 kami tiba di Sri Pentas Alhamdulillah. Nampak logo-logo TV3, TV9 etc di bangunan. Ohh inilah Sri Pentas, kata dalam hati hehe. Debaran makin terasa. Di guard, Encik Gajah turun ambil pass pelawat, dan parking dekat dengan lobi. Turun kereta, ambil gambar dulu laju-laju. Hehe.

Cepat-cepat wefie. Elok pulak gambar ni. Hehe.

Sebelum Siaran Langsung


Lepas wefie. kami ternampak Encik Johari. Kali ni nampak beliau lain dari waktu datang rumah haritu sebab dah pakai headphone and mic etc. Terus beliau bawa kami ke Guest Room. Dalam perjalanan tu, nampak macam-macam bilik macam Voice Over Room etc.

Malaysia Hari Ini!

Siaran dari channel TV yang berbeza di bawah Media Prima

Sampai di Guest Room, semua orang bangun, sebab tengok Makyong perut buncit dengan kanak-kanak lagi. Hihi. Kat situ jumpa panel-panel jemputan yang lain lagi termasuklah Dr. Jeyanthi, doktor pakar ENT yang bakal bersiaran langsung bersama Nad dalam topik Lidah tu.

Di Guest Room, sempat ikat rambut anak dara

Nad tanya kat Encik Johari, slot kami jam berapa? Katanya 8:20 pagi (slot kedua) sambil tunjuk jadual di tangannya. Beliau keluar dan tinggalkan kami sekejap. Sempatlah Nad ikat rambut Ziyani. Hehe.

Kena Touch Up


Dalam 5 minit lepastu, Encik Johari datang balik pada kami untuk touch up di Makeup Room. Katanya slot kami diawalkan sebab slot yang patut jadi first tu belum sampai lagi guest nya. Fuh fuh fuh!

Sekali Ziyad taknak bangun dari sofa. Encik Johari dah cakap "Alamak" dah bila tengok reaksi Ziyad tu. Haha. Tapi selepas pujuk-pujuk baru dia nak. Sekali semuanya nak ikut pergi. Hahaha.

Di Makeup Room, nampak pengacara Ally Iskandar dan Anim Ezati Rizqi baru siap di make up / touch up. Ally nampak Zahin tengah baca komik Boboiboy yang dibeli malam tadi. Ally tanya baca komik apa, dah tengok Boboiboy ke? Ada berapa kuasa? Etc. So masa tu kiranya Ziyad dah start mesra dengan Ally. Pandai lah dia bermesra dengan Ziyad sebelum mula rancangan.

Selepas turn Dr. Jeyanthi touch up, turn Nad pula. Duduk kat kerusi tu, Nad tanya dia, kena touch up  juga ke? Haha. Sebab dah pakai dah bedak, eye brow liner, blusher, dan lip matte masa bersiap. Tak jadi pakai foundation sebab taknak rasa berat, dan nak kasi badan Nad rasa selesa je bila bercakap nanti. Makeup artist tu senyum je, nampak baik dan tak banyak cakap orangnya.

Dia touch up juga, sapu bedak, eyeshadow, eyeliner, blusher, dan lipstick. Heheh. Baiklah. Saya akur. Haha. 5 minit je touch up nye. Touch up je, bukan makeup, kata makeup artist sorang lagi kat sebelah sana sebab ada budak lelaki kata taknak mekap. Hehe.

Kena touch-up

Then turn Ziyad pula. Ziyad cakap taknak 'cacat'! Hahaha. Rupanya dia silap faham. Touch up dia dengar cacat. Tu yang tadi dia taknak pergi Makeup Room tu. Adoiii lawak la Ziyad. Akhirnya makeup artist tu pakaikan Ziyad pomade.

Ziyad dipakaikan pomade, Ummi pakai mic

Encik Johari datang lagi. Dia kata ok jom jom, nak start dah. Dah pakai mic belum? Makeup artist tu tolong pakaikan. Sangkut di pinggang seluar belah belakang, mic hulur masuk dalam shawl.

Masuk ke Studio


Maka kami laju-laju keluar dan dibawa ke studio tempat siaran langsung MHI.

Masuk je situ, nampak Ally Iskandar dan Anim Ezati Rizqi dah di tempat mereka. Ada beberapa kamera. Suasana sunyi. Ada suara-suara penting je bercakap sikit-sikit. Kat dalam set yang nak masuk TV tu je yang cerah. Tempat lain ada juga set lain tapi tak guna so gelap.

Nad dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan. Kerusi untuk Ziyad baru dibawa masuk. Lepastu Ziyad dipakaikan mic juga.

Encik Johari pakaikan Ziyad mic

Nad pandang depan, banyak skrin. Tiba-tiba rancangan dah start. Pengacara review surat khabar hari tu dulu. Nad tenangkan diri, make sure supaya tidak lupa bernafas. Hehe.

Dan tak lama lepastu, slot kami pun bermula. Taknak kasi nervous, Nad tak pandang kamera. Hihi. Nad cuma fokus pada conversation. Jadi, Nad pandang panel-panel yang ada, Nad bayangkan macam Nad sedang borak di meja makan rumah je. Hehe. Alhamdulillah sangat membantu.

Mula je segmen kami, terus soalan pertama diajukan pada Nad. Hahah. Otak zasss laju fikir, sambil nak balance nervous lagi. Soalan apa semua Nad tak tahu beforehand. Semua spontan ja jawab.

Macam ni rupanya muka sendiri bila bercakap. Haha

Ziyad pulak malu-malu sampai tak berapa keluar suara. Tapi Ally Iskandar pandai pancing, sebab dia dah mula 'bermesra' dengan Ziyad dan Zahin masa kat Makeup Room tadi. Tu yang keluar soalan Boboiboy tu. Haha.

Ziyad yang malu yang amat mula-mula. Hihi

Nasib baik awak cute Ziyad. Haha

Dan bila doktor mula bercakap, slow sangat suara dia sebenarnya walaupun dia duk tepi Nad je. Nad fokus je kat suara dia bercakap. Mujurlah studio tu senyap sunyi. Hanya kedengaran suara panel. Rupanya bila tengok kat TV, suara semua sama kuat je sebab depa ejas kat mic. Actually suara sebenar Ally dan Anim jelas bergema dalam studio, tak macam suara kami yang shy shy cat. Haha.

Dalam pada menjawab soalan-soalan tu jugak, Nad tak berani nak menyampuk ke apa. Memang behave dan control habis. Haha.

Selesai Segmen Kami


Lepas dah habis, fuh lega gila! Haha. Nad salam dengan Anim. Ziyad salam dengan Anim dan Ally. Siap peluk-peluk lagi. Haha. Baru nak mesra.

Dapat gambar candid je dengan Ally Iskandar. Hehe


Ingat kena cepat-cepat keluar set. Kami duduk kat sofa di belah belakang. Barulah tengok fon semua. Sambil tu borak-borak sikit dengan budak-budak muda yang rapping pada awal rancangan tu. Muda lagi diorang, umur 18 tahun. Sepatutnya ada 7 orang group diorang, tapi 3 orang je dapat datang pagi tu sebab ada yang belajar, ada yang kerja.

Dalam pada tu, segmen seterusnya berlangsung pula. Kami tunggu sampai segmen tu habis, baru kami ajak Anim dan Ally bergambar. Tapi Ally rushing nak ke set di luar pula. So dapat bergambar dengan Anim.

Sebelum bergambar, Ziyad asyik peluk Anim je. Haha. Macam mesra kenal lama dah. Ziyad ni memang macam ni. Dia sebenarnya senang sangat nak mesra. First time tengok dia malu bila MHI nak shooting haritu dan juga masa dalam MHI ni. Haha. Mujurlah Anim sporting. Dia pun nampak geram kat Ziyad.

Sporting je Anim bila diajak bergambar

Mesra gila Ziyad dengan Anim. Haha Ziyad, Ziyad!

Lepas dah balik dah tengok gambar-gambar semua, baru perasan yang dalam TV nampak lebih lebar dari realiti. Buktinya tengoklah gambar kami ni. Nampak runcing ja muka kan? Haha.

Keluar ke Perkarangan Sri Pentas


Dah selesai bergambar, barulah kami keluar dari set tu. Tengok diorang tengah bersiaran dengan kuda pula kat perkarangan Sri Pentas tu.

Kami pun ambil kesempatan minta abang kat situ ambilkan gambar kami untuk kenang-kenangan.

Precious moment. Once in a lifetime :')
27 weeks of pregnancy :)

Selfie berdua sikit hehe

The boys

Dah habis masuk TV barulah boleh telan something. My ESP + PD

Dah siap semua, masuk kereta, tengok jam, baru pukul 8:45 AM macam tu. Tunggu dalam kereta jap sementara tunggu IKEA buka nak pergi isi perut. Lama dah tak pi IKEA Damansara sejak ada IKEA Cheras. Hehe. Lagipun tak boleh move on lagi baru lepas keluar TV. Haha.

Oklah tu saja kisahnya. Once in a lifetime opportunity. And rezeki yang tak disangka-sangka :)

Kawan suggest print gambar-gambar ni semua untuk kenangan especially untuk Ziyad nanti.

Thank for reading! Tahniah siapa yang dapat baca dari awal sampai akhir :D

Love,
nadxoxo

Post a Comment

3 Comments

  1. Macam-macam perasaan ada bila baca cerita Nad. Apa² pun tahniah Nad. Seronok sangat.

    ReplyDelete
  2. Thank you puan..informasi yang banyak membantu saya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)