6 Cara Pilihan Snek Sihat

6 Cara Pilihan Snek Sihat
Masa Shaklee Product Workshop minggu lepas, Nutritionist Sarah ada kongsikan tips untuk hilangkan craving kepada snek. Sebab ada sesetengah orang, dia ada habit mengunyah atau nak ada penyedap mulut setiap beberapa jam.

Sarah cadangkan untuk kita ambil 1 biji epal hijau dalam setiap hidangan snek. 1 biji epal hijau hanya mempunyai 50 kalori sahaja dan perut mudah nak kenyang.

6 Cara Pilihan Snek Sihat
1 biji epal hijau hanya ada 50 kalori sahaja
Rasa tak lalu nak ambil buah epal setiap masa? Apakata cuba dengan pilihan snek sihat ini.
Ada 6 cara pihan snek sihat yang boleh kita pilih :-

1. Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam.

2. Cuba pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin dan mineral.

3. Rancang pemakanan harian kita mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.

4. Rancang snek untuk mengelakkan kita makan apa sahaja yang dilihat.

5. Ambil snek hanya apabila kita rasa lapar dan bukannya apabila kita rasa bosan atau gelisah.

6. Hadkan pengambilan snek kurang dari 200 kilokalori setiap kali ianya diambil.

6 Cara Pilihan Snek Sihat

Mudah jer sebenarnya nak pilih snek yang sihat. Yang penting adalah kita plan apa yang nak dimakan.

Post a Comment

0 Comments