8 Cara Paling Selamat Nak Detox

8 Cara Paling Selamat Nak Detox
8 Cara Paling Selamat Nak Detox
Ada orang tanya, apa tu detox? Apa kelebihan dia? Yer la kan, tiba-tiba ramai pula orang kongsi benda ni kat media sosial.

Meh amir share apa yang Amir faham pasal detox ni. Mula-mula perkataan detox ni datang dari perkataan penuh dia iaitu detoxification. Kira word Detox ni jadi famous apabila banyak produk menggunakan word ni untuk kesihatan especially untuk kurus.

Kenapa perlu detox?

Kenapa perlu Detox?

Antara sebab utama ialah gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan ringan yang diambil juga boleh menyebabkan "racun-racun" ini terkumpul di dalam tubuh.

Kita sedia maklum yang bahan-bahan ini mampu merosak organ serta melemahkan sistem pertahanan tubuh. Oleh sebab itulah, detox ini diperlukan yang melalui cara semula jadi untuk mengeluarkan "racun" dalam tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.

Disini ada beberapa tip mudah dan murah untuk kita mulakan detox.

8 Cara Paling Selamat Nak Detox
1. Banyakkan minum air masak/kosong.
1. Banyakkan minum air masak/kosong.

Air masak/kosong ini sangat membantu menghilangkan "racun" di dalam tubuh kita melalui peluh dan air kencing. Kita disarakan minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum 1 gelas air setiap kali bangun pagi. Boleh refer pada gambarajah ini untuk kita tahu waktu yang terbaik untuk minum air masak.

2. Berpeluh secara semula jadi.

Berpeluh juga membantu menghilangkan "racun" pada tubuh dan kulit anda. Kita sendiri boleh menggalakkan pengeluaran peluh dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang membuatkan kita berpeluh secara semula jadi.

8 Cara Paling Selamat Nak Detox
3. Kurangkan pengambilan gula setiap hari
3. Kurangkan pengambilan gula setiap hari

Gula ini merupakan pembunuh senyap kalau ia tidak dikawal pengambilannya. Ia mengundang pelbagai penyakit seperti diabetes. Bila seseorang itu menghidap Diabetes, potensi untuk hidap penyakit lain tinggi kerana sistem imun badan mula lemah dan luka sedikit sahaja boleh menyebabkan kuman dan virus masuk dengan mudah.

4. Makanan berserat

Makanan berserat membantu membersihkan dan melancarkan sistem perkumuhan dalam badan kita. Ia juga mampu membantu menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya atau yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contoh makanan yang kaya serat seperti sayuran hijau, buah-buahan dan gandum sebaiknya dimasukkan dalam diet setiap hari.

8 Cara Paling Selamat Nak Detox
5. Secawan teh setiap hari
5. Secawan teh setiap hari

Ada kajian yang dibuat mengatakan teh adalah salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut. Dan sebaik-baiknya ialah minum teh tanpa gula yer. Kata nak sihat kan?
Atau boleh cuba suplemen seperti Cinch Tea Mix.

6. Lobak merah

Amir suka sangat dengan lobak merah ni sebab rasa dia manis-manis bila direbus atau dibuat sup. Lobak juga dikaitkan dengan kesihatan mata kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai medium pembersih daripada tumpukan "racun" yang ada di organ usus besar dan hati kita.

8 Cara Paling Selamat Nak Detox
7. Makan buah anggur
7. Buah anggur

Buah anggur sangat efektif menghilangkan "racun" di dalam tubuh kita. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menghalang kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar. Rasa susah nak makan buah anggur setiap hari? Boleh cuba produk Vivix yang mengandungi 10 kali ganda resveratrol.

8. Air Lemon Suam yang dicampur madu
8. Air Lemon Suam yang dicampur madu

Salah satu cara yang paling kerap dipraktikkan untuk membantu menyingkirkan "racun" dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, kita cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum mengambil makanan lain.

So, mudah jer kan nak buat Detox ni? Perlu jaga pemakanan harian sahaja. Lebihkan buah-buahan dan sayuran dalam menu harian. Kurangkan pengambilan garam, gula dan perisa tambahan yang berlebihan.

Insyaallah, next Amir akan kongsikan cara Detox yang Amir lakukan selama 7 hari yang lebih berkesan.

Post a Comment

0 Comments