Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih
Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih 
 Bila kami mulakan program Detox ni, ada yang bertanya samada boleh tak mereka nak makan nasi macam biasa. Jawapan dia boleh, cuma beras yang digunakan hendaklah yang berkualiti dan mempunyai banyak nutrien dan mineral.

Jadi, Amir kongsikan 3 jenis beras untuk dibuat perbandingan.

Beras rebus/parboiled


  • Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
  • Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese.
  • Rupa beras parboiled agak keruh sikit berbanding beras biasa. 
  • Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.


Beras perang



  • Beras perang adalah padi yang telah dibuang kulit padi setelah menjalani proses pengilangan yang minimal. 
  • Ianya perang kerana bran tidak dibuang dari beras. 
  • Beras perang tinggi nutirisi namun ramai yang kurang enak memakannya. 
  • Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak.

Beras Putih



  • Beras putih adalah beras perang yang menjalani proses pengilangan yang maksima. 
  • Semua atau sebahagian bran dibuang, begitu juga dengan unsur-unsur lain dari padi sehingga ianya menjadi putih. 
  • Beras putih paling kurang nutrisi.

Bagaimana Beras ini diproses?



Bagaimana pula dengan harga?

Harga beras praboiled dan beras perang agak mahal sikit berbanding beras biasa tapi kalau lebih sihat apa salahnya kita belanja lebih sedikit. Tak begitu?

Ini senarai harga beras dari Tesco sebagai rujukan. Harga akan berubah-ubah mengikut harga pasaran.

Harga Beras Parboiled
Moghul Faiza Basmathi Parboiled Rice 5kg : RM 49.50

Harga Beras Perang
Jasmine Sun Brown Original Brown Rice 5kg : RM 24

Harga Beras Putih
Jasmine Super 5 Rice Special Super Import 5kg : RM 18.90
Jasmine Super Special Rice Tempatan 5kg : RM 13

Post a Comment

0 Comments