Kenali Nama Gula Pada Label Makanan/Minuman |
Cuba kira, berapa banyak nama gula yang biasa kita dengar atau tahu?
Macam Amir, biasa dengar gula pasir, gula tebu, gula kasar, gula organik, gula kastor, gula merah, gula melaka dan setakat itu sahaja.
Rupanya, gula ini ada pelbagai jenis nama dan keperluannya. Dan kebiasaannya, ia diguna dalam bahan makanan sebagai perasa dan pengawet. Itu sebab kalau kita check pada bahagian kandungan bahan, jarang sangat pengeluar tulis nama "gula" yang biasa kita makan tu. Mereka menggunakan nama saintifik kerana ia telah diolah dari pelbagai sumber yang menghasilkan pelbagai jenis rasa dan tekstur yang berbeza antara satu sama lain.
Mengikut peraturan Food And Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, produk makanan diwajibkan melabelkan semua jenis gula yang digunakan. Supaya pengguna tahu apa isi dan berapa kandungan yang mereka ambil dari produk tersebut.
Tetapi, berapa ramai sebenarnya yang melihat label makanan tersebut? Even kita sendiri pun tak pernah nak ambil tahu kan? Sekarang kita dah tahu, jadi boleh la lihat pada label kotak makanan sebelum kita membeli.
Disitu, ada tertulis berapa banyak kalori yang disediakan bagi setiap hidangan. Sebagai contoh, kandungan gula pada minuman susu berperisa lebih tinggi dari minuman susu segar. Kuantiti yang ditulis nampak sedikit, tetapi kalau diambil 2/3 kali sehari dan setiap hari diambil. Sudah pasti ia memberi kesan yang buruk pada badan anak dan juga kita.
Fakta Nutrisi Susu Dutch Lady Perisa Strawberry & Susu Segar. |
Susu perisa Strawberry mengandungi 8.2gram gula dalam setiap hidangan berbanding Susu Segar. |
Sebenarnya, badan kita perlukan gula setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Dan biasanya gula ini datangnya dari makanan berkarbohidrat selepas ia diproses dari badan kita. Jumlah maksimum yang badan kita perlukan hanyalah 7 sudu teh gula bagi lelaki, manakala perempuan hanya 6 sudu teh. Ini yang disarankan oleh World Health Organisation (WHO).
Jumlah pesakit diabetes mengikut umur pada 2015 |
Okes, berbalik pada nama gula tadi. Amir kongsikan beberapa nama lain gula yang digunakan pada label makanan yang banyak digunakan dalam produk makanan. Boleh refer dalam gambar.
Muhammad Amir Marzhuki
Kenali nama lain gula.
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)