Alhamdulillah, selesai juga tanam uri baby Z walaupun lambat sedikit. Pada yang tidak tahu, hukum menanam uri adalah harus (JAKIM). Nak cuci dan tanam uri ni sebenarnya mudah sahaja. Tak susah mana pun.
Amir kongsikan step-step nak uruskan uri seperti dibawah :-
Cara menguruskan uri
=================
1. Amir mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim dan buka plastik yang hospital berikan malam tadi.
Uri dari Hospital |
3. Sambil bilas tu, boleh la selawat dan doa yang baik-baik. (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
Uri Yang Hendak Dibasuh |
5. Kemudian cuci uri dengan asam jawa. Bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir darah. Bau hanyir darah ini boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya. Ini yang cuba kita elakkan.
6. Ini kira optional untuk perahkan limau hingga naik bau limau untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
7. Bila dah siap semua. Amir ikat dengan kain lama yang tak guna macam sup bunjut supaya mudah nak bawa ke tempat yang nak ditanam. Jangan lupa masukkan dalam plastik supaya air darah tidak menitik.
Uri yang sudah dibalut dengan kain lama yang bersih |
8. Sebelum uruskan uri, Amir dah siap-siap gali tanah dalam 2 kaki lebih. Lagi dalam lagi bagus supaya ia tidak berbau atau dikesan oleh binatang lain.
Gali lubang siap-siap sedalam 2 kaki lebih |
10. Amir tanam uri ni di laman rumah sahaja. Dekat dengan pokok-pokok. Boleh juga tanam di tempat yang bersih dan selamat seperti perkarangan surau/masjid. Tapi minta izin dulu yer.
11. Dilarang untuk meletak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada para suami nanti.
1 Comments
Bagus entry macam ni. Boleh jadi panduan/rujukan untuk bapa² di luar untuk uruskan uri anak.
ReplyDeleteBaru tahu boleh juga tanam di surau/masjid dengan kebenaran
Terima kasih atas komen anda :)