Petua Sembuhkan Luka Dengan Cepat |
Namun, harus dingat bahawa tidak semua orang boleh sembuh dengan segera kerana ia bergantung kepada antibodi badan seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis, ia akan menyebabkan luka lambat sembuh dan mengambil tempoh masa yang lama.
Selain menggunakan ubat-ubatan, ada cara tradisional yang boleh kita lakukan menggunakan bahan-bahan yang ada didapur.
- Mula-mula, ambil kunyit hidup dalam 1.5 inci (ambil kunyit yang tua, berwarna oren pekat), kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk sehingga lumat.
- Titikkan sedikit air bersih dalam kunyit tadi dan sapukan di tempat yang luka. Selepas itu, balut dengan kapas dan kain bersih sehingga empat hingga lima jam.
- Selepas lima jam, bersihkan semula tempat luka tadi dengan air bersih dan gantikan semula kunyit yang baru di tempat luka tadi.
Anda juga boleh gunakan petua yang kedua, rebus pucuk jambu batu seberapa banyak sehingga mendidih. Kemudian, biarkan ia suam sedikit.
Rendamkan bahagian luka ke dalam air jambu batu tersebut.
Amalkan setiap hari sehingga anda dapat lihat kesannya.
ESP sumber protein yang terbaik dalam kelasnya |
Ini kira membantu untuk luka luaran. Bagaimana pula dalaman?
Menurut kajian, pengambilan Protein yang tinggi juga membantu mempercepatkan proses luka kembali sembuh. Badan kita sebenarnya memerlukan protein untuk membantu membina dan memperbaiki otot, kulit dan tisu badan yang lain. Protein juga membantu melawan jangkitan, mengimbangkan cecair badan, dan membawa oksigen melalui badan anda.
Apabila kita mengalami luka, fikirkan makanan sebagai ubat. Makan makanan yang seimbang dengan kalori yang cukup dan banyak protein.
Baca : Testimoni ESP untuk kulit cantik
Nak tahu details lagi tentang ESP atau ada soalan lain?
Tekan saja ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini :)
Atau hubungi kami di 012-2295680. See you! :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)