Service Car Seat Anak

Service Car Seat Anak
Service Car Seat Anak
Pada ibu bapa yang ada car seat, tahukah anda yang car seat pun kena servis juga. Konsep dia sama macam kereta. Nak pastikan bahawa car seat anak kita tu masih berfungsi dengan baik dan juga bersih dari segala kekotoran makanan/minuman yang melekat pada car seat.

Tadi ada 2 orang yang bertanya pada Amir, kat mana nak servis car seat. Yang terdekat dengan kami ialah Mamours Malaysia di IOI City Mall, level 1.

Service Car Seat Anak
Mamours Malaysia di IOI City Mall
Kedai ini kira ambil upah untuk hantarkan carseat kita ke pusat servis. Dah 3 kali kami hantar servis termasuk siap cuci sekali. Harga servis bergantung pada jenis car seat. Dan carseat tu boleh siap dalam 2-3 minggu bergantung pada spare part kalau ada yang rosak.

Macam yang latest ni, lebih sebulan juga sebab sparepart dia kena order dari kilang. Ada bahagian pada strap dia yang dah rosak sebab usia car seat lebih dari 5 tahun.

Saranan Amir ialah cuba call dulu no kedai ni, 03-8940 9660 untuk dapatkan kepastian samada model carseat korang boleh diservis atau tidak.

Service Car Seat Anak
Baby Carrier yang Siap di Servis

Post a Comment

0 Comments