Tips Sediakan Playroom Anak

 

School holiday is about to start. Kena ada tempat khas untuk anak-anak fokus buat aktiviti di tempatnya, simpan toys, activity books, dan crafts.

Nad share sikit tips yang Nad dah apply selama buat playroom.

Rak dan Box putih tu Nad beli kat HomePro IOI City Mall. Lama dah, tak pasti sekarang ada lagi dijual atau tidak.


Tips Sediakan Playroom Anak

1. Pilih bilik yang mudah access. Tak perlu besar. Biasanya bilik di tingkat bawah kalau rumah lebih dari 1 tingkat. Senang kawan-kawan datang tak naik ke bilik tidur. Dulu pernah pilih satu ruang kat tingkat atas. Bukan bilik. Berterabur juga satu rumah akhirnya 😂

2. Pilih rak yang sesuai. Make it colourful. Kids mudah tertarik dengan warna-warna terang. Kita pun sedap mata memandang.

3. Tak perlu letak semua benda dalam playroom ni. Pilih toys / barang yang berkenaan sahaja. Contoh yang tak perlu seperti flashcards which perlu ada pemantauan kita. Soft toys pun Nad tak letak kat sini. Sebab ada setengah budak suka punggah barang walaupun tak main 😂

4. Cari bekas untuk letak barang-barang. Beli kat kedai ECO je. Labelkan untuk mudahkan carian.

5. Dalam ni letak buku aktiviti / craft. Buku bacaan Nad letak kat rak buku di tingkat atas. Ada ruang bacaan. Sebab biasanya membaca ni sebelum tidur 😁 Sebelum buat buku aktiviti atau craft, make sure kemas dulu toys supaya ada cukup ruang.

6. Pilih karpet yang sesuai, tak kasar. Nad pilih yang nipis dari IKEA. Playmat lagi bagus. Supaya selesa mereka nak duduk-duduk.

7. Hiaskan dengan hasil seni anak-anak kita ❤️

Semoga bermanfaat.

Nadiah Suhaidi
Let’s enjoy precious moments with our kids 😊
Whiteboard dan Chalkboard dari IKEA

Di sudut sebelah kanan tum diorang main Hot Wheels yang boleh change color bila masuk air sejuk/panas.

Labelkan box. Nad pilih toys yang berkenaan sahaja. Yang lain simpan elok-elok dalam stor. Keluarkan apabila perlu sahaja.

Beli bekas yang sesuai untuk simpan dan kategorikan mainan. Boleh cari murah-murah di kedai ECO (2 Ringgit)






Post a Comment

0 Comments