Berpantang dengan Khidmat Fazrina Postnatal Care

Semalam hari last khidmat penjagaan pantang dari Fazrina Postnatal Care.

Nad pilih khidmat dari mereka sebab mudah.

Bergambar dengan CL Kak Ning

Firstly dari segi masa. CL (Confinement Lady) datang rumah jam 9 pagi, tak awal dan tak lambat sangat. So sempat lah tidur lebih sikit sebab malam berjaga sebab menyusu. CL balik dalam pukul 1. So 4 jam sahaja mereka di rumah kita, kita tak rasa terganggu kalau CL duduk rumah lama-lama, tapi settle semua benda yang perlu.

Secondly mudah sebab kita tak perlu pergi ambil dan hantar CL. Mereka pun memang cover area Bangi. Mereka ada driver untuk hantar dan ambil setiap hari.


Thirdly dari segi pakej yang ditawarkan. Ada banyak pilihan. Nak half day, full day, stay in, semua ada. Ada 2 pakej setiap option, ao total 6 pakej yang kita boleh pilih. Harga pun affordable. Nad pilih pakej seperti dalam gambar. Deposit untuk semua pakej cuma RM 500.

Fourthly, mereka ada ramai CL maksudnya mereka boleh cover ramai customer dalam satu masa.

Dari segi CL, juga Nad puas hati sangat.

CL yang di assign untuk Nad namanya Kak Ning.

Kak Ning orangnya cekap dan pantas buat kerja. Pandai urus masa untuk siapkan semua benda dalam masa 4 jam tu. Dimulakan dengan mandikan, urut, dan tuam baby, then uruskan air mandian herba Nad, urut, tungku, dan masak makanan pantang untuk lunch dan dinner sekali. Ada hari yang ada sauna dan juga scrub juga. Scrub coffee sedap gila bau diaaa nak-nak orang scrub kan 🤭

Koleksi Menu Berpantang Nad










Kak Ning juga rajin dan tak berkira. Walaupun banyak benda nak kena siapkan in 4 hours tu, if dia free dia akan tolong apa yang perlu. Contohnya tolong sapu-sapu, buang sampah, lipat kain, jemur kain, tolong masakkan untuk #TripleZ jugak, dan buatkan rempah untuk senang Abi masak bila-bila nak 😁

Mesin Sauna
Kak Ning orangnya lembut. Budak-budak mudah suka dan dengar cakapnya. Beliau dah macam ibu kita dah for 14 days ni. Lagipun umur dia pun beza 2 tahun je dari Ummi Nad. Tapi masih kuat dan gagah bekerja.

Mungkin sebab pengalaman tu juga, masakan Kak Ning sedap-sedap semuanya, macam masakan mak-mak. Selera Nad makan, biasanya licin la 😋 Ini juga bantu banyakkan susu, tapi berat badan pun turun 😁

14 days ni, Alhamdulillah rahim dah kecut elok, luka dah sembuh, dan susu pun banyak. Selain ikhtiar dengan pakej pantang yang bagus, of course Nad amalkan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee 😊

Overall, Nad recommend Fazrina Postnatal ni. Mereka bukan cover area Bangi je, tapi satu Malaysia. Boleh tengok FB page or IG mereka for more info ya.

Minuman Vivix untuk tenaga dan cepatkan sembuh luka.

Antara supplemen yang Nad ambil setiap hari.

Post a Comment

0 Comments