Kisah Hidup Dr Shaklee Part 1

Kisah Hidup Dr Shaklee
Kisah Hidup Dr Shaklee
Tahun depan adalah ulang tahun ke 25 buat Shaklee Malaysia sejak ia ditubuhkan. Bukan mudah yer sesebuah company ingin kekal bertahan sehingga ke hari ini.

Oppss, sebelum tu lupa nak beritahu. Sebenarnya company Shaklee ini ditubuhkan pada 1965, kira lebih 55 tahun tau! Cuma mungkin ramai yang tak tahu, ada 1 produk Shaklee yang sudah lebih 100 tahun iaitu Vitalized Minerals yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada 1915 tahun di usia beliau baru berumur 21 tahun. Hebat bukan?

Amir #flashback ke belakang lagi kisah bagaimana Dr. Shaklee ini boleh mendapat idea untuk hasilkan multivitamin pertama di dunia ni.

Beliau dilahirkan pada Nov 1894, merupakan anak kedua dari pasangan Robert & Martha Shaklee. Dilahirkan di Iowa dimana bandar tersebut merupakan kawasan lombong yang kotor. Sewaktu beliau lahir, doktor sahkan yang beliau menghidap penyakit tuberculosis. Kira harapan untuk hidup tak lama.



Mak mana yang tak sayangkan anak, beliau percaya dengan kuasa Tuhan dan "Power of Nature". Si ibu ini berusaha menjaga diet dengan ramuan herba yang belajar dari mak & neneknya. Setiap hari, beliau urut bayi ini dengan harapan, si anak kecil ini dapat bernafas seperti bayi yang lain.

Keluarga Dr. Shaklee sanggup berpindah ke kawasan ladang kerana ingin "rapat" dengan suasana "natural" supaya dapat hirup udara segar, makan hasil tanaman sendiri dan juga herba-herba semula jadi.

Ditakdirkan, umur beliau masih panjang sehingga meningkat remaja. Beliau merasakan bahawa dengan hidup harmoni dengan alam sekitar ini merupakan asas kehidupan yang beliau cuba terapkan. Dari situ, terhasilnya quote beliau "I will never create a product that will harm one tissue cell in the body".

Hasil kajian dari tanaman beliau sendiri dan juga herba-herba yang digunakan. Maka terhasil la, multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 yang dikenali Vitalized Minerals.


Waktu yang sama juga, beliau berminat mendalami ilmu chiropractic kerana disitu terkandung banyak rahsia kekuatan manusia yang terletak pada spinal cord, otak dan sistem saraf manusia.

Pada usia 22 tahun, Dr. Shaklee berkahwin dengan gadis bernama Ruth Chapin. 2 tahun selepas itu, lahirlah Forrest Jr.

Pada tahun 1918, Dr Shaklee pindah ke Fort Dodge, Iowa dengan membuka "Health Center". Beliau berhasrat dengan adanya health center ini, beliau mampu bantu penduduk sekitar 100 batu radius dimana agak mustahil dengan teknologi waktu itu.

Beliau dapatkan khidmat Wrights Brothers untuk menggunakan teknologi kapal terbang bagi memberi khidmat "medic" sebab ia lebih pantas berbanding kereta kuda.


Pada tahun 1921, Dr Shaklee disahkan menghidap "Terminal Cancer". Doktor sarankan beliau untuk potong sebahagian lengan dan kaki bagi mengelak cancer merebak.

Agak-agaknya, apakah tindakan beliau? Ada yang nak tahu ke kisah Dr Shaklee ni? Kalau nak tahu, cuba komen "Nak". Cukup 50 komen, Amir akan share lagi kisah beliau dalam post seterusnya.

#MAM

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas komen anda :)