December 22, 2019

Perencah Asli Home Made

Semalam Amir ada share pasal perencah memasak tanpa bahan pengawet dan rasanya sudah pasti asli. Perencah ni dikongsi oleh Kak Ning (Confinement Lady) yang datang 2 minggu lepas. Bahan dan cara ada Amir kongsikan dibawah ni.

Bahan-bahan
4-5 biji bawang merah
7-8 ulas bawang putih
1 biji bawang Holand
1 inci kunyit hidup
1-2 biji tomato
1 paket buah keras
1 cawan air masak

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender. Kemudian blend sehingga lumat.
2. Dah siap blend, boleh simpan dalam bekas bertutup dan terus boleh guna untuk memasak.

*Bahan perencah ni sesuai digunakan untuk semua masakan termasuk membakar, memanggang, sup dan nasi/mee goreng.

Bahan-bahan perencah
Masukkan bawang merah ke dalam blender
Masukkan bawang putih
Masukkan tomato
Masukkan buah keras, kunyit dan air masak
Terlupa pula nak masukkan bawang holand
Dah siap blend. Masukkan perencah ke dalam bekas bertutup. 



Selamat mencuba yer!

#MAM

Location: Jln Puisi 1/4, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.